Pemegang kad-kad pembayaran Maybank tidak lagi akan menerima tawaran ganjaran dan pulangan tunai untuk isian semula dompet elektronik melalui kad berkenaan bermula bulan hadapan.

Tawaran istimewa yang sebelum ini boleh dinikmati oleh seluruh pengguna perkhidmatan dompet elektronik di Malaysia akan dihentikan bermula dari 8 Julai 2019. Ini bermakna, pengguna tidak lagi dapat mengumpul TreatPoints, Mata Ganjaran Keahlian, Treats AirMiles dan pulangan tunai apabila melakukan isian semula dompet elektronik.

Sebelum Jun 2019, pemegang kad-kad Maybank 2 Card Gold dan Platinum AMEX boleh menikmati ganjaran TreatsPoints 5X dan rebat tunai 5% hujung minggu untuk setiap perbelanjaan RM1 (terhad untuk RM50 sebulan). Pastinya, dompet elektronik yang menyokong isian semula melalui AMEX seperti Boost dan GrabPay mendapat manfaat apabila pengguna membuat isian semula pada hujung minggu.

Pengumuman ini bagaimanapun tidak melibatkan dompet elektronik milik Maybank, MAE memandangkan perkhidmatan berkenaan tidak menyediakan fungsi isian semula. Nilai isian di dalamnya diperoleh melalui akaun bank pengguna dan juga kad kredit (menggunakan QRPay).

Sumber berita diperoleh dari Maybank

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.