Utama Komputer Masalah Skrin Komputer Desktop atau Laptop gelap tapi lampu menyala

Masalah Skrin Komputer Desktop atau Laptop gelap tapi lampu menyala

18689
34

Terdapat sesetengah situasi di mana apabila PC sudah dihidupkan, paparan pada skrin masih tidak kelihatan walaupun anda mendapati lampu pada power menyala dan kipas pada pemproses berputar seperti biasa.

Sebelum anda kelam kabut mahu menghantarnya ke kedai, adalah lebih baik anda memeriksanya terlebih dahulu untuk memastikannya ia benar-benar rosak.

Apabila anda mendapati tiada langsung sebarang paparan yang muncul pada skrin; termasuk logo Windows ketika splash screen atau paparan BIOS mahupun sebarang cursor, kemungkinan besar PC anda mengalami masalah pada perkakasan.

Masalah Skrin Komputer Desktop

Bagi monitor desktop, memeriksa dan membaikinya adalah mudah kerana komponen termasuk sambungannya jelas kelihatan pada bahagian luar.

Samsung 27″ IPS Monitor LS27R350FHEXXM

Pertama sekali, periksa pada lampu LED monitor ketika anda memulakan PC. Pastikan sama ada ianya hidup atau warna lampunya berubah.

Jika tiada sebarang cahaya yang kelihatan, pastikan suis pada plug telah dipasang dan dihidupkan. Jika masih tidak boleh dihidupkan, cuba dengan soket lain. Pada peringkat ini, jika masih lagi gagal untuk dihidupkan, anda mungkin boleh cuba menukarkan kabel plug monitor tersebut.

Masih lagi gagal? Anda boleh mencubanya dengan monitor yang lain untuk memastikan sama ada monitor tersebut benar-benar rosak atau kemungkinan lain yang berlaku pada kad grafik. Pada tahap ini, anda boleh cuba menukarkan kad grafik atau kabel penyambungan grafik untuk mendapatkan kepastian pada perkakasan mana yang berlaku kerosakan tersebut.

Situasi menukarkan monitor, kabel sambungan VGA/DVI/HDMI atau kad grafik untuk kerja mencari-silap (troubleshooting) ini mungkin mudah jika anda dalam keadaan memiliki banyak peralatan lain seperti di dalam pejabat atau di dalam makmal komputer.

BenQ GW2785TC Eye Care Monitor
BenQ GW2785TC Eye Care Monitor

Namun, jika kerosakan monitor, kabel  atau kad grafik ini berlaku di rumah, anda mungkin perlu mencari ikhtiar lain seperti dengan meminjam dari kenalan anda jika anda tidak mempunyai skrin komputer desktop tambahan.

Masalah Skrin Laptop Gelap

Pilihan untuk melakukan kerja-kerja troubleshooting adalah lebih terhad jika anda mahu melakukan pada peranti dengan skrin terbina dalam seperti laptop atau komputer desktop all-in-one.

acer-swift-edge-3
Acer Swift Edge 3

Jika anda rasakan mampu melakukannya, ia adalah lebih rumit dari yang disangkakan. Anda perlu membuka kerangkanya terlebih dahulu sebelum menggantikan kabel yang bersesuaian yang menyambung dari komponen grafik ke input skrin paparan.

Sebelum itu, anda perlu pastikan terlebih dahulu sama ada keadaan tiada paparan muncul ini terjadi disebabkan oleh perkakasan atau tetapan pada monitor itu sendiri. Bagi laptop, anda mungkin boleh cuba mengawal kecerahan melalui kombinasi butang Fn + F5 atau Fn + F6 (bergantung kepada jenis laptop) untuk memastikan sama ada masa berpunca dari bahagian tetapan.

Atau anda mungkin boleh mencuba kombinasi butang Fn + F4 (untuk sesetengah jenis laptop) bagi memastikan paparan pada skrin peranti tersebut benar-benar OK.

Masalah skrin laptop menjadi gelap yang disebabkan oleh perkakasan

Antara punca masalah perkakasan yang menyebabkan skrin laptop tiada paparan pada kebiasaannya melibatkan masalah dari bateri dan adapter laptop, LCD, papan induk dan sebagainya. Jadi, anda boleh menyemak terlebih dahulu untuk mengenalpasti punca kerosakan.

Periksa bekalan kuasa laptop anda

Pertama sekali, periksa bekalan kuasa laptop anda. Kadang-kadang, terdapat sesetengah laptop yang tidak menyala paparannya walaupun anda sudah memasangkan adapternya.

Anda boleh cuba menanggalkan bateri laptop anda terlebih dahulu dan menggunakan bekalan kuasa terus dari adapter. Jika skrin laptop anda berjaya mengeluarkan paparan pada skrin, berkemungkinan besar bateri laptop anda bermasalah dan memerlukan penggantian.

Periksa jika laptop dapat dihidupkan atau tidak

Jika laptop anda sudah ‘on’ dengan menggunakan bekalan kuasa terus dari adapter tetapi skrin masih lagi tiada paparan, cuba periksa pada lubang angin laptop sama ada mengeluarkan angin dan lampu petunjuk hard disk sama ada ianya menyala.

Jika kedua-duanya didapati berfungsi seperti biasa walaupun skrin masih lagi tiada paparan, restart semula laptop anda untuk memastikan sama ada terdapat bunyi ‘beep’ yang berpanjangan. Jika ada bunyi ‘beep’ tersebut, RAM laptop berkenaan mungkin tidak dipasangkan dengan betul. Bunyi ‘beep’ tersebut mungkin akan hilang dan skrin akan kembali menunjukkan paparan selepas anda membetulkan kembali kedudukan RAM laptop di dalam slotnya.

Periksa keadaan kad grafik laptop anda dan juga sambungannya

Anda juga boleh memeriksa sama ada kad grafik atau skrin LCD laptop anda bermasalah. Caranya adalah dengan anda menyambungkan laptop anda ke sebuah lagi monitor melalui kabel HDMI, DisplayPort atau VGA.Dari situ, jika monitor yang disambungkan tersebut menunjukkan paparan, berkemungkinan besar skrin LCD laptop anda yang bermasalah dan memerlukan penggantian di pusat servis laptop.

Jika masih lagi tiada paparan selepas monitor external disambungkan ke laptop berkenaan, terdapat kemungkinan masalah ini berpunca dari papan induk dan kad grafik terbina dalam laptop tersebut. Masalah ini juga memerlukan penggantian dan pembaikan di pusat servis laptop yang berkenaan.

Periksa keadaan suhu laptop ketika dihidupkan

Terdapat juga keadaan di mana paparan skrin menjadi gelap secara tiba-tiba disebabkan suhu menjadi terlampau panas. Ianya boleh terjadi jika anda menggunakan laptop untuk kerja-kerja berat seperti suntingan video, pemodelan 3D, atau bermain permainan komputer.Laptop Panas

Anda boleh cuba mengatasi masalah laptop terlampau panas tersebut dengan cara membersihkan ruang aliran pengudaraannya dari habuk-habuk dan juga menempatkannya di kawasan yang mempunyai aliran udara yang baik. Atau anda juga boleh mencuci kipas pada CPU laptop anda dan letakkan gel silikon yang baharu di atas kipas CPU untuk mengurangkan kepanasannya.

Jika anda sudah benar-benar memastikan bahawa skrin terbina dalam anda benar-benar rosak, pastikan anda menggantikannya dengan alat ganti yang sama spesifikasinya.

Pastikan juga anda berhati-hati dalam melakukan penggantian perkakasan pada peranti yang kompleks dan padat. Membaik pulih skrin laptop atau komputer desktop all-in-one adalah amat rumit. Hal ini kerana jika berlaku sebarang kesilapan dalam mengendalikan komponen yang kompak ini, tindakan membaikinya tidak ubah seperti tikus membaiki labu.

Cara baiki masalah skrin PC Laptop gelap yang disebabkan oleh Perisian

Jika anda sudah menghidupkan PC laptop anda tetapi tiada paparan, anda boleh melakukan reset laptop anda untuk reinstall Windows tanpa memberi kesan terhadap fail peribadi, aplikasi atau tetapan anda.

  • Tekan pada kekunci Windows dan L pada papan kekunci untuk ke skrin daftar masuk Windows 10.
  • Untuk melakukan reset, pada paparan tadi tekan lama (hold) kekunci “Shift” ketika anda klik pada butang “Power” > kemudian “Restart”. PC anda restart di dalam keadaan Windows Recovery Environment (WinRE).
  • Dari skrin pilihan, pilih “Troubleshoot > Reset this PC”. Klik “Next”.
  • Kemudian, pilih “Quick Option” tanpa membuang fail-fail peribadi anda. Tunggu sehingga Windows di buka. Ikuti arahan selanjutnya seperti yang dipaparkan.

-Imej cover diperoleh dari Acer Malaysia

34 KOMEN

  1. aku tgh alami masalah ni lepas anak aku main switch amp pada power suplly..bile aku on meletop pom..

    then aku ganti power suplly yg lain.. terus monitor “No Signal..PC ber fungsi seperti biasa Kias cpu run..jadi syak GC..try GC lain pun sama no signal..then test GC asal pada pc lain..berfungsi dengn normal..

    Jadi ape masalah sebenarnya yg berlaku?? adakah sebb power supply tdi meletop efek pada semua ( sebelum ada juga tapi xde sampai kritikal camni) adakah mobo? RAM? processor?

    Mohon pencerahan dari tuan..

    • Berkemungkinan berlaku power surge yang mengakibatkan hardware-hardware PC tidak boleh berfungsi seperti normal. Ini boleh berlaku bila terdapat kebocoran arus elektrik akibat masalah pendawaian atau akibat petir.

      Walaupun power supply dah digantikan, efek dari power surge tu boleh rosakkan hardware lain juga seperti motherboard, RAM, graphic card, hard disk etc.

      Tapi. GC tu mende?

  2. Masaalah yg sama. Lepas on ade tulis2 bla bla bla.. Admin.. Tetibe gelap. Tapi bila tekan logo window kt keyboard, ade keluar detail smua mcm biasa. Bile tekan salah satu app yg nk guna terus gelap je. Nape ye??

    • Kemungkinan Windows berkenaan sudah korup disebabkan oleh masalah dari kemaskini atau dari masalah perkakasan PC seperti hard disk misalnya.

    • Adalah cursor boleh muncul pada paparan atau tidak? Jika tiada, kemungkinan cip grafik bermasalah atau boleh jadi penyambungan fizikal ke skrin laptop bermasalah.

    • Anda boleh cuba melakukan hard reset dgn tekan lama2 pada button power on. Jika keadaan masih lagi sama, cuba sambungkan laptop ke monitor lain untuk mengesan sama ada skrin paparan laptop berkenaan bermasalah.

  3. Saya guna desktop. Setiap kali saya tinggal desktop dalam mode ON atau ‘sleep’ lebih dari 10 jam, skrin saya tiada paparan walaupun saya gerakkan mouse dan tekan button keyboard. Kenapa jadi macam tu tuan? Mohon pencerahan.

    • Ini disebabkan oleh default power setting pada PC berkenaan. Anda boleh ubah properties mouse & keyboard melalui tetapan Devices Manager.

    • Boleh saya tau OS apa yang digunakan? Jika Windows 10, anda boleh cuba kekunci Windows + P. Mungkin ia berkaitan dengan paparan kedua (contoh sambungan ke projektor, monitor lain etc.)

  4. Bro cpu boleh on kipas semua berfungsi tp tiada display serta keyboard dan mouse tak berfungsi.lampu bawah mouse xmyala.kalau sy on pc tiada bunyi beep waktu mula2 nak on tu bro tp cpu berfungsi. Waktu dia mula2 nak rosak display ada tp mouse x function skg ni display langsung tiada paparan

  5. Saya punya komputer ada orang main suis lepastu terus tak keluar apa-apa pada skrin.lampu dekat komputer tu menyala tapi dekat skrin tak keluar apa apa .macam mana tu tuan saya nak buat?

    • Anda boleh cuba periksa bekalan kuasa pada monitor komputer sama ada masih bersambungan atau terputus. Boleh periksa pada lampu petunjuk LED kecil untuk melihat sama ada ia menerima bekalan kuasa atau tidak. Jika tidak menyala, anda mungkin boleh menggantikan wayar plug lain yang elok.

      Jika lampu petunjuk LED monitor anda menyala, tetapi tiada paparan, masalah ini pula mungkin disebabkan oleh wayar sambungan paparan (HDMI atau VGA) dari PC ke monitor.

  6. Laptop saya model Huawei. Masih baru. Baru 1 tahun lbh kurang. Terjadi mslh black screen. Nmpak samar2 logo huawei bila on. So…sy cuba sambung guna hdmi kt tv. Okey dan ada paparan.

    Klau mcm ni, apa harus saya buat? apa yg rosak?

    • Mungkin ada masalah kat skrin laptop tu. Kalau masih under waranti, boleh bawa ke pusat servis Huawei untuk buat repair dan buat screen replacement.

      Buat sementara ni, boleh guna external monitor sebab komponen lain masih elok.

  7. bila on laptop skrin tiada paparan di skrin, tapi kalau hubungkan lapto ke monitor elok je keluar gambar? apa masalah nya bro?

  8. assalammualaikum. bagaimana nak setting pada laptop , apabila ditinggalkan dalam 20 minit monitornya akan sentiasa on, Apa yang saya alami kini apabila saya tinggalkan assignment saya buat sementara (tidak sampai 1/2jam) monitor saya akan jadi gelap dan bile saya push – enter ianya kembali On … terima kasih en Shahrul.

  9. Assalamualaikum Tuan mohon bantuan laptop saya tertunpah air.. saya shutdown.. 3 jam slps tu buka balik ok buat kerja 1 jam.. tiba skrin gelap terus, mohon bantuan segera tuan.

  10. salam bro …monitor pc ambe jadi mcm sampah …pc n monitor jalan ok je ….bila cabut kabel monitor tu tak kira la hdmi or kabel monitor vga tu selang 2 minit jadi balik sampah …kenapa ya …kad grafik rosak ke ….lama tak pernah cuci … hahahha

  11. Hi nak tnya laptop saya ok okay je tkde masalah apa tpi screen dia gelap sangat2 seolah2 mcm gelap tapi sebenarnya ia menyala.boleh tk bntu bgtau apa. Yg saya kena check.

    • Mungkin setting pada brightness laptop tu yg terlalu rendah. Sesetengah laptop ada butang kombinasi ‘Fn’ untuk kawalan brightness pada keyboard. Biasanya ada lambang lampu 🔆.

  12. Assalam tuan.. laptop sy anak dah pakai dalam setahun .. bila minta nak guna paparan gelap separuh drp skrin.. boleh on macam biasa tiada masalah.. boleh bantu ke.. terima kasih

    • Kalau laptop tu masih dalam waranti, boleh bawa ke pusat servis jenama laptop tu. Kebiasaannya, kerosakan yang berlaku secara tiba-tiba pada macam yang berlaku pada skrin tu perlu penggantian keseluruhan pada bahagian skrin laptop berkenaan sahaja.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.