Bukan manusia sahaja yang mampu memanfaatkan penggunaan realiti maya (virtual reality, VR). Sekumpulan penternak di Moscow telah memakaikan set kepala VR yang telah diubah suai kepada lembu-lembu mereka bagi menghilangkan stress di kalangan lembu-lembu mereka.

Set kepala VR yang digunakan tersebut telah disesuaikan khusus untuk kegunaan lembu. Paparannya memancarkan pemandangan-pemandangan yang indah bagi meningkatkan mood dan ketenangan.

Hasil ujian mendapati penggunaan VR ini telah mampu memberikan ketenangan dan menunjukkan perubahan di kalangan lembu dan dijangka dapat menyumbang kepada penghasilan susu yang lebih banyak.

Bagaimanapun, penyelidikan ini masih lagi menimbulkan tanda tanya dari segi keberhasilannya.

Mengapa tidak dihantar sahaja lembu-lembu ini ke padang ragut yang lapang? Bagaimana pula bateri untuk set VR tersebut? Apakah yang akan terjadi nanti pada lembu-lembu berkenaan jika kita mencabut set kepala VR secara tiba-tiba?

Apa pun, percubaan ini mungkin dapat membantu para penternak-penternak lembu yang kekurangan tanah untuk membawa lembu-lembu mereka keluar dari kandang.

Sumber berita diperoleh dari The Moscow Times

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.