Utama Internet Lebih Kurang separuh dari 1500 laman web kerajaan akan ditutup penghujung 2015

Lebih Kurang separuh dari 1500 laman web kerajaan akan ditutup penghujung 2015

926
1

Sekurang-kurangnya separuh dari laman-laman web kerajaan yang berjumlah sekitar 1,500 buah akan ditutup menjelang penghujung tahun 2015 ini. Laman-laman web ini didapati tidak diselenggara dalam tempoh lebih dari enam bulan dan diwajibkan untuk ditutup.

Kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa selain dari mempertingkatkan kecekapan penggunaan sumber kerajaan, usaha ini perlu dilakukan kerana terdapat sebilangan besar laman-laman web agensi kerajaan yang tidak diselenggara dengan baik.

Malaysian Modernisation and Management Planning Unit (Mampu) telah melakukan kajian tahap penggunaan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan melalui laman-laman sesawang masing-masing dan didapati masih terdapat banyak lagi ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan.

Secara purata, satu daripada tiga laman web yang dinilai pada tahun lalu telah diberikan penarafan 3 bintang dan kebawah dan keadaannya hampir serupa pada tahun 2013.

Pada tahun 2012, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menjalankan kaji selidik berkenaan indeks penggunaan perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh kerajaan telah menempatkan Malaysia di tangga ke 20 dari 193 buah negara.

Bagaimanapun, pada tahun lalu, kedudukan Malaysia telah jatuh ke tangga 31.

Usaha ini perlu dilakukan demi mempertingkatkan kedudukan Malaysia selain dari memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada orang ramai dan mencapai tahap piawaian minima.

Difahamkan, arahanĀ telah dikeluarkan kepada kesemua kementerian-kementerian, kerajaan-kerajaan negeri, badan-badan berkanun dan kerajaan tempatan pada Jun berkenaan bagaimana usaha rasionalisasi ini perlu dilakukan.

Sumber berita diperoleh dariĀ The Star

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.