Utama Teknologi Kes Tipu Topup Kredit

Kes Tipu Topup Kredit

693
9

“Ayah ada di balai pulis skrg ni.. Ayah pkai no kwn ayah.. Tlg mskkn rm30 dkt no br ayah 017876****.. Jgn talipon ayah, nnt ayah yg akan talipon..”


Eh? Aku menaikkan kening aku sebelah seperti Dwayne Johnson kerana merasakan terlalu aneh. Lalu aku terus menelefon ayahku menggunakan nombor ayah aku yang sebenar.


“अच्छा सुबह. Ayoh kat mane sekarang ni,”
“Ayoh ade kat tempat kerja ayah la ni. Ngape?”
“Tadi. Ade le entah malaon mane entoh kate ayoh ade dekat balai,”
“Ha? Bior bebenor. Udoh, kamu usah dilayannye. Deme nok menipu sekarang ni macam-macam ghope. Kamu kalau idok ceghodik memang le mudoh bebenor kene kencin dengan deme. Ni ayoh nok pesan sikit.. bla.. bla.. bla.. bla..”
“Err.. Ayoh. Ni saya ade keghoje ni. Lain kali aje le kite berlabon lagi,”


Perbualan tamat.


Dua hari berikutnya aku menerima mesej dari nombor yang sama.


“Pakcik ada di balai pulis skrg ni.. Pakcik pkai no kwn pakcik.. Tlg mskkn rm30 dkt no br pakcik 017876****.. Jgn talipon pakcik, nnt pakcik yg akan talipon..”


Genius. Menipu dua kali pada orang yang sama dan memakai nombor yang sama. Aku reply.


“Kalo nak menipu orang tu, tolong jadi cerdik sikit boleh tak?”

cameraphonesplaza.com


9 KOMEN

  1. @ada mokhtar
    widget pelawat terkini tu bole didapati dari laman gengblogger.com

    @Miecyber
    Biasalah, zaman sekarang ni dah macam-macam berlaku.

    @miss hav0c
    loghat perak. hehe

    @hamzah ian
    ramai dah yang terkena dengan mesej2 yg mcm tu.

    @cikmima
    bila terkena kes-kes macam ni, selalu kalau rasa mcm xsedap ati tu, baik confrimkan balik dgn family kta..

    @sawematang
    haha.. so, ko gi topupkan ker amat?
    haha

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.