Utama Mobile Jepun rancang lancarkan teknologi 6G menjelang tahun 2030

Jepun rancang lancarkan teknologi 6G menjelang tahun 2030

909
0

Sedang negara kita melangkah ke era teknologi 5G, Jepun telah selangkah di hadapan dengan merancang melancarkan teknologi 6G menjelang tahun 2030.

Berdasarkan laporan dari Nikkei, teknologi pasca-5G ini dikatakan mampu mencapai kelajuan 10 kali ganda lebih pantas dari teknologi 5G. Untuk menjayakannya, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun akan menubuhkan satu badan gabungan kerajaan dan orang awam bagi menjalankan penyelidikan teknologi berkenaan.

Badan ini akan diterajui oleh University of Tokyo Goshinjin dengan bantuan dari segi input melalui individu-individu berkelayakan dari Nippon Telegraph dan Telephone (NTT) dan Toshiba.

Jepun bukanlah negara pertama yang menyatakan hasrat untuk membangunkan teknologi komunikasi generasi berikutnya ini. China pada November tahun lepas dilaporkan akan membangunkan teknologi 6G.

Selain itu, Huawei juga telah mengumumkan akan membangunkan teknologi komunikasi berkenaan secara berasingan pada Ogos 2019 yang lalu. Awal dari itu, Samsung turut melancarkan pusat penyelidikan terbarunya yang menumpukan usaha pembangunan 6G pada Jun tahun lepas.

Melihat kepada perkembangan ini, teknologi 5G bakal mula tersedia secara komersil di sebahagian negara-negara dalam beberapa bulan ini. Sementara itu di Malaysia, beberapa syarikat telekomunikasi tempatan sedang giat menjalankan pengujian teknologi 5G di Langkawi sejak dari tahun lepas.

Sumber berita diperoleh dari Nikkei

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.