Mengenali labuhan-labuhan (port) yang terdapat pada komputer adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh pengguna-pengguna komputer. Sesetengah port mudah untuk dikenali kerana ianya kerap digunakan seperti port USB.

Bagaimanapun, tidak semua labuhan berkenaan mudah dikenali dan berikut adalah nama labuhan-labuhan yang digunakan pada komputer. Sebahagian labuhan yang dinyatakan tidak lagi digunakan kerana disebabkan perubahan teknologi semasa. Namun, tidak rugi rasanya untuk kita pelajarinya untuk tujuan lebih pemahaman tentang teknologi perkomputeran.

Nota: Artikel ini pada asalnya pernah disiarkan di 24 Januari 2011

Labuhan untuk persisian (peripheral)

Labuhan sesiri : Sebuah antaramuka fizikal komunikasi secara sesiri yang membenarkan maklumat keluar dan masuk sebanyak 1 bit sahaja dalam satu-satu masa.

Sambungan PS/2 : Digunakan untuk menyambungkan papan kekunci dan tetikus kepada system komputer yang serasi dengan PC. Namanya diambil dari siri produk komputer keluaran IBM Personal System/2.

Labuhan selari : Menghantar sejumlah isyarat data secara serentak melalui sejumlah saluran yang berselari. (berlawanan dengan labuhan sesiri)

Labuhan permainan : Penyambung video game jenis tradisional untuk PC-PC yang berasaskan cip pemprosesan x86 – dah tahap kuno, memang tak akan jumpa kat kedai untuk komputer jenis ni melainkan mungkin di besi buruk.

Kesemua labuhan jenis ini sudah pun digantikan dengan USB.

Labuhan komunikasi

Ethernet/RJ45 : Pada kebiasaanya orang akan panggil RJ45, even lecturer aku dulu pun panggil menatang ni RJ45 jugak. Bagaimanapun, menurut Wikipedia, ia adalah salah kerana sepatutnya ia dipanggil 8P8C (8 Position 8 Contact atau 8 Posisi 8 Sentuhan). Digunakan untuk menamatkan sambungan kabel pasangan terpiuh (twisted pair cable) untuk pendawaian rangkaian setempat, LAN.

Modem/RJ11 : Antaramuka fizikal yang sering digunakan untuk tamatan wayar telefon.

Labuhan Audio Video

Labuhan VGA : Singkatan untuk Video Graphic Array. Gunakan ini untuk sambungan monitor ke luar.

S-Video : Separate-Video (bukan Super-Video yer) membawa data video secara dua isyarat yang berasingan , lumen (luminans, kilauan) dan chroma (warna).

HDMI : High Definition Multimedia Interface ialah antaramuka audio/video yang padat digunakan untuk memindahkan data digital (yang sudah dinyahmampatkan)

DVI : Digital Video Interface adalah antaramuka video piawai yang direkabentuk untuk menyediakan paparan visual yang berkualiti sangat tinggi pada peranti paparan digital seperti paparan LCD komputer panel rata dan projektor digital.

Mini-DVI : Penyambung ini digunakan pada komputer jenis Apple sebagai ganti kepada penyambung Mini-VGA.

Micro-DVI : Labuhan ini adalah labuhan sambungan video digunakan oleh sesetengah model laptop Apple MacBook Air yang dihasilkan diantara Januari-Oktober 2008

Pasal soket audio mini jack ni aku rasa semua paham barangkali. Untuk nak dengar bunyi dan suara dari PC dan juga peranti-peranti lain. Semua labuhan untuk audio adalah sama mengikut piawai.

S/PDIF : Singkatan untuk Sony-Philips Digital Interconnect Format

Labuhan USB

USB-A : Jenis ni selalu dah dicantumkan sekali dengan perantinya. Sebagai contoh pada pemain MP3 dan pemacu flash.

USB-B : Pada kebiasaanya didapati pada peranti yang mempunyai kabel yang boleh dicabut-cabut. Contohnya, pencetak.

Mini-A dan Mini-B : Jenis Mini-A sudah semakin berkurangan. Kedua-duanya berukuran pada lebih kurang 3×7 mm. Ia digunakan pada PDA, hanset dan kamera.

Micro-B : Plugnya mempunyai kelebaran yang sama dengan jenis Mini. Bezanya hanya pada ketebalan, ia separuh dari Mini. Membolehkan ianya disesuaikan pada peranti yang lebih kecil.

Micro-AB :  Boleh digunakan pada kedua-dua jenis, sama ada jenis Micro A dan juga Micro B.

Lain-lain

eSATA : External Serial Advanced Technology Attachment, dipiawaikan pada tahun 2004 untuk menyesuaikan kegunaan SATA sebagai simpanan luaran.

DisplayPort : Piawai paparan digital yang diusulkan oleh Video Electronics Standards Association (VESA) sejak 2006.

Mini DP : Versi Display Port yang dikecilkan. Digunakan oleh Apple.

PCMCIA : Personal Computer Memory Card International Association digunakan secara meluas untuk produk seperti WiFi, rangkaian dan juga memori.

Imej cover diperoleh dari Maxim Basinski, Flaticon

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.