Apple dijangka bakal melancarkan iPad model terbarunya sekitar separuh tahun pertama 2019, lapor sebuah portal berpangkalan di Taiwan, DigiTimes.

Salah satu model baru yang dijangka termasuklah iPad Mini 5. Untuk iPad Mini 5, diramalkan tablet tersebut mungkin akan mempunyai ciri dan rekabentuk yang hampir sama dengan iPad Mini 4.

Berdasarkan pendapat dari sebuah laman peminat Apple di Jepun, Mac Otakara menjangkakan tablet terbaru Apple tersebut akan dilengkapi dengan penyambung Lightning, Touch ID, dan bicu audio 3.5mm.

Laman Mac Otakara turut menyatakan pihaknya setakat ini tidak dapat memastikan sama ada iPad Mini 5 dilengkapi dengan cip A10 Fusion yang terdapat pada iPhone 7, iPhone 7 Plus dan iPad Generasi Keenam. Atau menggunakan cip A10X Fusion yang sama seperti digunakan pada iPad Pro model 2017 dan Apple TV 4K.

Juga, tidak diketahui sama ada iPad Mini 5 ini akan menyokong Apple Pencil Generasi Pertama.

Sumber berita diperoleh dari DigiTimes dan MacOtakara

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.