Utama Mobile Android Instagram kemaskini aplikasi Androidnya dengan fungsi suntingan segera

Instagram kemaskini aplikasi Androidnya dengan fungsi suntingan segera

952
1

Instagram kerap memperkenalkan fungsi-fungsi baru pada aplikasinya untuk membolehkan para penggunanya mendapatkan imej yang diinginkan. Terkini, Instagram telah mengeluarkan kemaskini baru untuk platform Android dengan antaramuka baru yang diubahsuai dan pemilihan penapis (filter) yang boleh dibuat secara selakan (swipeable).

Pada versi yang terdahulu, selepas kita memilih foto yang ingin dikongsikan, anda perlu pergi ke fungsi pangkas (crop) terlebih dahulu sebelum anda boleh menyunting menggunakan penapis yang boleh dipilih pada bahagian bawah.

Pada versi terbaru ini, anda boleh terus berkongsikan foto anda tanpa perlu menggunakan fungsi filter. Mungkin Instagram pun tau, dah tak ramai yang suka guna filter dalam Instagram ni macam zaman awal kemunculan telefon pintar.

Bagi anda yang lebih selesa menggunakan fungsi suntingan biasa, butang ‘Edit’ boleh diakses pada sebelah kiri bawah foto yang ingin dikongsikan melalui aplikasi Instagram.

Terdapat juga halaman perkongsian pantas yang turut membenarkan anda memberitahu lokasi anda melalui senarai tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat anda memuat naik foto tersebut.

Fungsi-fungsi ini kesemuanya boleh diperoleh pada Instagram untuk Android versi  7.3.0.

Sumber berita diperoleh dari Droid Life

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.