Kes kehilangan seorang lelaki sejak dari tahun 1997 dahulu telah diselesaikan dengan bantuan Google Maps.

Seorang pengguna Google telah menemukan satu imej berbentuk sebuah kereta di dalam sebuah kolam di Wellington, Florida sewaktu sedang menggunakan mod satelit aplikasi berkenaan untuk meninjau sekitar kawasan tersebut.

Pada 7 November 1997 dahulu, seorang lelaki bernama William Moldt, 40,  dari Florida telah dilaporkan hilang. Kali terakhir beliau dikesan adalah sewaktu beliau menelefon teman wanitanya untuk pulang dari kelab malam untuk ke rumahnya. Tiada khabar berita dari beliau selepas itu.

Sehinggalah pada 28 Ogos 2019, seorang penduduk bernama Barry Fay yang tinggal di dalam komuniti berpagar Grand Isles, Wellington, Florida telah menerima satu panggilan telefon dari jirannya. Jirannya itu menelefon beliau menyatakan ternampak sebuah kereta yang tenggelam di dasar kolam belakang rumahnya melalui Google Maps.

Selepas mengesahkan kewujudan kereta berkenaan melalui dron, Puan Barry Fay telah menelefon pemilik rumahnya dahulu sama ada mengetahui tentang perkara ini. Beliau lantas menelefon pihak polis untuk memaklumkan mengenainya.

Pihak polis tiba di lokasi kejadian dan mengeluarkan kereta yang telah diselaputi di dasar kolam itu. Di dalamnya turut diketemukan satu rangka manusia dan disahkan ianya William Moldt pada 10 September baru-baru ini.

Ketika lelaki berkenaan hilang sekitar dua dekad lalu, kawasan perumahan lokasi kejadian masih lagi di dalam pembinaan. Pihak polis masih tidak dapat mengesahkan punca bagaimana kereta mangsa boleh berada di dalam kolam tersebut.

Google baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa fungsi terkini seperti melihat penamawaran perkhidmatan perkongsian basikal, tahap penggunaan pengangkutan awam dan membantu penagih mendapatkan khidmat bantuan pemulihan ketagihan.

Sumber berita diperoleh dari BBC

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.