Utama Mobile Android Harga Samsung Galaxy S8+ kini jatuh di bawah RM3000

Harga Samsung Galaxy S8+ kini jatuh di bawah RM3000

1198
0

Harga bagi telefon-telefon pintar flagship semakin jatuh. Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+ turut mendapat diskaun besar-besaran menjelang pelancaran Galaxy Note 8 tidak lama lagi. Pengurangan harga untuk kedua-dua telefon pintar berkenaan mungkin dinanti-nantikan oleh sesetengah pengguna yang mengidam memperolehinya pada harga yang lebih murah dari apa yang disarankan sewaktu pelancarannya dahulu.

Antara penjual yang mula menjual kedua-dua peranti flagship Samsung ini adalah pasaraya Tesco yang kini mula menjual Samsung Galaxy S8 pada harga RM2,499 – pengurangan sebanyak RM800 dari harga asalnya iaitu RM3,299.

Selain Tesco, portal membeli-belah atas talian 11street turut menawarkan Galaxy S8 pada harga yang sama seperti yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.

Dalam perkembangan yang berkaitan, bagi anda yang ingin mendapatkan Samsung Galaxy S8+ yang lebih ‘gedabak’, anda kini boleh mendapatkannya pada harga RM2,948 – kurang sebanyak RM751 dari harga asalnya iaitu RM3,699 – di Lazada.

Pengurangan harga pada telefon-telefon pintar flagship ini pada kebiasaannya menandakan Samsung kini semakin hampir untuk melancarkan produk baru dan kemungkinan besar Samsung Galaxy Note 8 bakal diperkenalkan dalam masa yang terdekat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.