Grab kini telah mula menerima permohonan untuk perkhidmatan seru-pandu motosikalnya, GrabBike. Program peringkat ‘beta’ ini khusus di sekitar Lembah Klang sahaja dan dibuka sehingga 2 Disember tahun ini.

Menurut Grab, pelaksanaan program peringkat beta ini selari dengan seruan Kementerian Pengangkutan yang meminta syarikat-syarikat seru-pandu memberikan tempoh percubaan selama enam bulan bermula Januari tahun depan.

Penunggang-penunggang motosikal yang berminat untuk menyertai boleh membuat permohonan di laman web rasmi Grab dan perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi termasuklah berusia lebih dari 18 tahun dan ke atas, mempunyai lesen memandu, tidak mempunyai saman tertunggak, serta memiliki motosikal yang tidak lebih dari lima tahun.

Jika melepasi syarat, penunggang akan dihubungi dalam tempoh lima hari bekerja atau selewat-lewatnya 9 Disember ini dan akan disusuli dengan latihan yang akan diberikan. Selain dari akan ditugaskan untuk menghantar hanya seorang penumpang sepanjang program rintis ini dijalankan, penunggang juga disaran supaya melakukan tugasan menghantar makanan-makanan selain dari kek atau pizza.

Grab turut menyatakan penunggang GrabBike akan dikenakan bayaran komisen 20% dari dompet tunai dan ditegah dari menutup permintaan menghantar penumpang bagi memberi ruang untuk tugasan-tugasan lain.

Selain itu, Grab juga akan memberikan insentif khas sepanjang bulan pertama pelaksanaan program ini bersama-sama sehelai jaket Grab, beg khas untuk menghantar makanan dan juga helmet untuk penumpang.

Sumber berita diperoleh dari Grab

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.