Utama Mobile Android Peruncit Malaysia tawar bayaran balik penuh jika Aplikasi-Aplikasi Google berhenti berfungsi pada...

Peruncit Malaysia tawar bayaran balik penuh jika Aplikasi-Aplikasi Google berhenti berfungsi pada Peranti Huawei

603
0

Atas keyakinan yang tinggi (mungkin) terhadap Huawei, peruncit peranti mudah alih, DirectD telah memberikan jaminan bayaran balik penuh kepada para pelanggannya jika aplikasi-aplikasi Google di dalam peranti Huawei berhenti berfungsi akibat sekatan oleh kerajaan Amerika Syarikat terhadap syarikat dari China berkenaan.

Tawaran yang hampir sama dengan waranti khas ini juga ditawarkan oleh peruncit-peruncit telefon pintar lain di Filipina.

Sungguhpun tidak memberikan butiran lanjut dalam pengumumannya, sebuah pautan ke laman webnya turut merangkumi peranti-peranti HONOR juga. Menurut laman rasmi Facebook DirectD, aplikasi-aplikasi Google yang dinyatakan termasuklah Google Play, Google Maps, Gmail dan YouTube.

Menariknya, peruncit telefon pintar yang terkenal di Malaysia ini turut memasukkan aplikasi-aplikasi lain bukan dari Google seperti Facebook, Instagram, dan WhatsApp. Bagaimanapun, bayaran balik penuh hanya terpakai jika peranti Huawei atau HONOR masih berada di dalam tempoh jaminan dan dibeli melalui DirectD.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat peruncit-peruncit tempatan lain turut menyediakan bayaran balik penuh jika situasi aplikasi-aplikasi Google berhenti beroperasi pada peranti Huawei dan HONOR benar-benar berlaku nanti.

Sumber berita diperoleh dari DirectD

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.