Left Handers Day

Left Handers DayMenjadi orang kidal secara tidak langsung menjadikan aku agak ‘ganjil’ jika dibandingkan dengan rakan-rakan aku yang lain, sama ada di zaman kanak-kanak hinggalah ke dewasa. Maklum aje la, orang kidal bukanlah ramai jika hendak dibandingkan dengan orang lain yang biasanya lebih banyak menggunakan tangan kanan. Dari 6.7 billion umat manusia di seluruh dunia, hanya 10 peratus sahaja yang kidal. Ikutkan, guna tangan kot mana pun sama je sebenarnya. Namun, atas faktor budaya manusia itu sendiri, penggunaan tangan kiri sering dikaitkan dengan perkara yang buruk, keji, jijik, biadap dan lain-lain.

Berabad lamanya, orang kidal ‘didiskriminasikan’ dalam budaya-budaya masyarakat yang mengutamakan orang tangan kanan. Kebanyakan peralatan kegunaan harian seperti gunting dan pembuka tin, direka untuk kemudahan orang tangan kanan. Kalau try pakai tangan kiri, memang terkial-kial jadinya. Nak bukak tin susu yang patut tak sampai 5 minit, boleh makan masa dekat setengah jam.

Try Guna Kanan

Nak tak nak, orang kidal ni terpaksalah juga belajar menggunakan tangan kanan walaupun diri sendiri merasakan amat kekok.

Selain tu, benda paling aku menyampah dalam kelas waktu study dulu adalah note-taking chair. Kesemua meja bagi kerusi jenis ini terletak di sebelah kanan. Takat ambil note, masih OK lagi sebab boleh tulis shorthand. Buatnya time tu lecturer buat gila suruh siapkan assignment itu jam jugak, memang kebas-kebas tangan menulis dalam keadaan siku tergantung.

Pernah juga beberapa individu waktu aku membesar menyuruh aku belajar menggunakan tangan kanan. Tapi, well, bukan senang nak didik orang kidal menjadi kanan. Mak ayah aku dah jenuh ajarkan aku guna tangan kanan waktu aku belum masuk tadika. Dua benda je yang mak ayah aku berjaya ajar aku guna tangan kanan, makan dengan pakai gunting. Benda-benda lain, banyak yang aku terus kidal.

Mujurlah, family aku tak macam sesetengah family orang lain yang macam susah nak terima ahli keluarga yang kidal. Mungkin bilangan orang yang kidal dalam family aku agak ramai. Jadi, mungkin kebanyakan tak kisah sangat kalau berjumpa dengan orang yang kidal.

Lagipun, besar manalah kesalahan orang yang menggunakan tangan kiri ni. Bukannya boleh sampai memudaratkan masyarakat pun.

Imej diperoleh dari Shutterstock

14 KOMEN-KOMEN

  1. yang best bro, ada hari untuk PARA KIDAL !! haaa…. special tu….. adik aku yang tak kidal pun terpaksa jadi kidal sebab masa baby doc’ tarik tangan kanan dia sampai putus urat tangan kanan dia…huhu

  2. Teringat masa sekolah dulu, ada sorang kawan yang kidal sebab tangan kanan tak boleh bengkok sejak lahir. Semua guna tangan kiri termasuk makan. Budak2 lain pun suka ejek dan ajuk dia. Kesian…

  3. Tapi ratio org kidal berbanding yg kanan ni biasanya lakaran dia lebih tip-top. Sepanjang kakak belajar mereka yg kidal semua hasil lukisan/lakaran semuanya cantik belaka. Sampai dinding buat mural mesti rata-rata yg buat adalah kalangan pelajar kidal. Perasan tak?

    Selamat menyambut hari org left-hander’s..

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.