Malaysia tidak ketinggalan dalam perlumbaan penawaran teknologi rangkaian 5G yang kini sudah mula dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat.

Terkini, Malaysia dilaporkan bakal menggunakan rangkaian 5G sepenuhnya menjelang tahun 2023 menurut Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya. Beliau berkata demikian bersempena Persidangan Serantau Mengenai Diplomasi Digital (RCDD) yang kini sedang berlangsung.

Untuk tempoh lima tahun akan datang ini, Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara mensasarkan seluruh ibu-ibu negeri di Malaysia bakal memiliki sambungan internet pantas sekurang-kurang 30Mbps.

Buat masa ini, pengujian teknologi rangkaian terbaru ini sedang giat dijalankan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi utama Malaysia seperti Maxis, Celcom dan Digi.

Diharapkan sasaran kita ke arah capaian internet pantas di seluruh negara pada tahun 2023 nanti mampu direalisasikan.

Sumber berita diperoleh dari Bernama

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.