Utama Komputer 5 Terma RAM yang anda perlu tahu bila nak tambah RAM

5 Terma RAM yang anda perlu tahu bila nak tambah RAM

6255
16
Man installing memory. PC motherboard RAM upgrade

Menambah RAM merupakan di antara cara yang paling mudah untuk mempertingkatkan prestasi komputer desktop atau laptop anda. Ia juga boleh dikatakan cara menaik taraf prestasi yang paling ekonomik jika dibandingkan dengan cara naik taraf perkakasan lain seperti menukar cakera keras, menggantikan papan induk atau pemprosesan mahupun cara menambah kad grafik.

 

Bagi anda yang pernah atau bercadang untuk melakukan penambahbaikan terhadap komputer anda dengan menambah RAM, anda tentu dihujani dengan pelbagai terma-terma dan istilah-istilah berkaitan dengan RAM (Random Access Memory atau Ingatan Capaian Rawak).

Sebagai panduan kita bersama, berikut adalah di antara terma-terma yang perlu anda ketahui sewaktu melakukan pembelian atau melakukan tinjauan terhadap RAM di pasaran;

SO-DIMM

Singkatan kepada Small Outline Dual In-line Memory Module, SO-DIMM dikirakan sebagai alternatif bersaiz mini kepada DIMM (Dual In-line Memory Module). Ia sering didapati di dalam sistem yang berkerangka kecil seperti laptop, netbook, komputer desktop bersaiz kompak hinggalah ke pencetak berspesifikasi tinggi yang memiliki perkakasan yang boleh dinaik taraf (upgradeable hardware).

SO-DIMM DDR (Double Data Rate) dan DDR2 kedua-duanya memiliki 200 pin. Namun, kedua-duanya tidak boleh diletakkan sembarangan seperti meletakkan DDR pada spesifikasi perkakasan DDR2 atau sebaliknya. Mujurlah SO-DIMM memiliki takuk yang berbeza yang boleh digunakan untuk menentukan jenis-jenisnya dari pandangan mata kasar kita.Jenis SO-DIMM DDR RAM

UDIMM

UDIMM merupakan salah satu dari jenis-jenis DIMM, bezanya pada memorinya ia tidak berdaftar(unregistered atau unbuffered). UDIMM pada kebiasaannya digunakan pada komputer desktop dan laptop. Walaupun UDIMM dianggap lebih pantas dan lebih murah dari memori jenis berdaftar (RDIMM atau registered memory), tapi ia kurang stabil berbanding jenis yang berdaftar.

RDIMM lebih digunakan pada sistem komputer yang memerlukan kestabilan yang tinggi seperti yang ada pada server atau komputer penyelidikan. Bagi penggunaan komputer secara santai, penggunaan UDIMM sudah memadai. Cip pada DDR yang ada di dalam pasaran hari ini kebanyakannya adalah dari jenis UDIMM.

GDDR3, 4, dan 5

MSI GeForce GTX 970 OC V1 4GBGraphics Double Data Rate (GDDR) adalah jenis memori yang digunakan untuk kad grafik. Walaupun ia mempunyai banyak persamaan teknologi dengan DDR (double data rate), ia masih mempunyai beberapa keunikan yang membezakannya. GDDR3, 4, dan 5, kesemuanya masih lagi digunakan secara meluas dan anda mungkin boleh mendapatkannya tanpa sebarang masalah.

Pertama kali digunakan di dalam NVIDIA’s GeForce FX 5700 Ultra pada tahun 2004, GDDR3 dibangun menggunakan asas teknologi yang sama dengan DDR2. Bagaimanapun, haba yang terhasil dan penggunaan tenaga adalah kurang dengan menggunakan GDDR3. Ini membolehkan kad grafik menggunakan sistem penyejukan yang lebih ringkas selain meningkatkan mutu penghasilan grafik.

EDO DRAM

EDO (Extended Data Out) DRAM direka khusus untuk kegunaan pemprosesan Intel Pentium satu ketika dahulu. RAM jenis ini sudah tidak dikeluarkan lagi di pasaran hari ini. Ia dihasilkan dengan tujuan mengurangkan masa yang diperlukan untuk membaca memori.

Walaupun ia pada asalnya dioptimumkan untuk pemprosesan Pentium 66 MHz, ia tidak sesuai digunakan pada komputer yang lebih pantas. Untuk itu, RAM jenis SDRAM (Synchronous Dynamic RAM) adalah lebih sesuai digunakan.

Apabila EDO RAM muncul buat pertama kali pada tahun 1994, ia hadir dengan kadar klok maksima 40 MHz dan lebar jalur yang memuncak sehingga 320 MB/s. Tidak seperti DRAM (Dynamic Random Access Memory) yang hanya dapat mengakses ke satu blok memori dalam satu-satu masa, EDO RAM boleh mendapatkan semula blok berikutnya pada masa yang sama sebaik sahaja kitaran yang pertama kembali semula ke CPU.

PCX-XXXXX

Melabelkan DIMM DDR mengikut kadar kelajuaannya bukanlah sesuatu yang mudah. Misalnya kadar kelajuan data berganda, sebuah DIMM DDR yang dinilaikan sebagai 100 MHz sebenarnya mampu melaksanakan 200 juta pemindahan dalam masa 1 saat.

Disebabkan itu, DIMM DDR 100 MHz dilabelkan sebagai DDR-200, DIMM DDR 133 MHz dilabelkan sebagai DDR-266 dan begitu juga seterusnya.

Bagaimanapun, bit adalah unit ukuran yang lebih mudah digunakan berbanding kadar pemindahan bagi setiap saat selain dari memudahkan kita untuk melakukan pengiraan. Atas sebab itu, kelajuan DIMM diberi berdasarkan penarafan PC.

Penarafan PC DDR DIMM boleh dicongak dengan mendarabkan kadar pemindahan data untuk setiap saat dengan nilai 8. Untuk itu, penarafan PC memberikan DDR2-200 sebagai PC-1600.

DIMM DDR2 adalah lebih pantas berbanding jenis sebelumnya. Untuk itu, DIMM DDR2 yang bernilai 100 MHz akan dinilaikan sebagai DDR2-400 atau PC-3200. DIMM DDR2 yang lebih tinggi yang mencapai kelajuan sehingga 266 MHz akan dilabelkan sebagai DDR2-1066 atau PC2-8500. Bagaimanapun, pada kelajuan ini penarafan PC tidak sesuai lagi digunakan dan nilai kelajuannya akan digenapkan. Sebagai contoh kelajuan sebenar PC2-8500 menghampiri 8,500 MB/s.

DIMM DDR3 pula jauh lebih pantas dengan jenis yang paling asas pun mampu mengatasi kelajuan DIMM DDR sehingga empat kali ganda dan melakukan pemindahan data sehingga 800 juta sesaat. DIMM jenis ini mampu mencapai kelajuan sehingga 6,400 MB/s dan dilabelkan sebagai DDR3-800 atau PC3-6400.

Model DIMM DDR3 paling pantas yang diluluskan oleh JEDEC (Joint Electron Device Engineering Council) mampu mencapai kelajaun sehingga 12,400 MB/s atau PC3-12400.

Kesimpulan

Keperluan RAM anda bergantung kepada sistem komputer anda dan bagaimana anda ingin menggunakannya. Ada juga masanya yang RAM yang anda telah beli untuk digunakan tidak sesuai digunakan pada sistem komputer.

Untuk itu, jenis RAM dan ketersesuaiannya dengan papan induk komputer desktop atau laptop anda perlu diketahui terlebih dahulu.

Takut nanti nak jimat belanja upgrade punya pasal, timbul masa lain pula bila kita tak sengaja rosakkan perkakasan lain macam motherboard, hard disk dan sebagainya akibat tersilap pasang RAM.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan pendapat bernas mengenai RAM komputer, ajukan pada ruangan komentar di bawah ini.

16 KOMEN

    • Boleh je. Asalkan jenisnya sama (DDR3 ganti dengan DDR3) FSB dan frequensinya disokong oleh motherboard tu, boleh je. Kena refer kat manual motherboard tu utk tengok jenis RAM apa yang dia boleh support untuk upgrade.

      Kang dah beli, tengok tak support rugi je.

  1. Laptop saya ada 2 slot untuk menyimpan ram. Yang satu slot sudah terpasang 4gb ram, adakah saya boleh upgrade ram yang satu slot lagi mengunakan 8 gb ram kesemuanya menjadi 12gb ram?

    • Boleh. Jika ada dua slot dan salah satu slot sudah digunakan, satu lagi slot boleh ditambahkan lagi dengan satu lagi slot. Semak dengan manual pemasangan laptop untuk melihat had maksima kapasiti RAM yang boleh ditambah.

  2. saya mempunyai sebuah dah lama x diONkan .baru tadi saya Onkan tapi keluar pulak “no signal”kat skrin pc.. kat cpu ada hidup kipasnya.. apa masalahnya tu??

  3. Kemungkinan kabel dari PC ke monitor tersebut tidak bersambung, atau boleh jadi kabel tersebut sudah rosak. Jika kabel berkenaan masih elok, kemungkinan kad grafik pada PC tersebut sudah rosak dan perlu digantikan.

  4. Ddr2 ram paling tinggi berapa gb utk desktop?
    Boleh tak ddr2 ram masukkan ddr3 ram?
    3.Ji ade grafic card dah guna vga cable takde signal boleh ker cuba hdmi cable pulak? Atau gcard tu dah rosak?

    • Jumlah RAM yang mampu ditampung pada PC berkenaan bergantung pada motherboard yang digunakan. Boleh semak pada manual pengguna motherboard. Kebiasaannya, jumlah RAM maksimum motherboard yang menyokong DDR2 adalah 4GB, 8GB atau 16GB.

      RAM DDR2 tidak boleh dimasukkan ke slot DDR3. Tambahan pula, kedudukan pin slot DDR3 dan DDR2 juga tidak sama.

      Untuk masalah kad grafik tu, anda boleh cuba gunakan kabel HDMI untuk pengujian untuk melihat sama ada masalah paparan disebabkan masalah kabel atau kad grafik. Jika ujian dengan kabel yang elok, paparan masih lagi gagal, besar kemungkinan kad grafik mempunyai masalah.

    • Boleh, bergantung pada model motherboard PC berkenaan. Perlu periksa dengan manual atau BIOS PC tersebut sama ada ianya menyokong RAM ECC. Tidak semua model motherboard PC yang menyokong penggunaan RAM khusus untuk server.

  5. Assalamualikum Sy Ingin bertanya berkenaan dgn laptop .Sy Ingin membeli laptop untuk ank Ram brp yg elok untuk buat grafik ..blh bagi model Dan keperluan dalam laptop untuk Sy beli .

    • Waalaikumsalam. Untuk laptop berkeperluan grafik yg menggunakan perisian Adobe Photoshop misalannya, sebaiknya menggunakan laptop yg menggunakan pemprosesan Intel Core i7 dan ke atas atau AMD Ryzen 7 & ke atas. Serta RAM 8GB dan ke atas & menggunakan storan jenis SSD.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.