Utama Teknologi 4 Ketirisan Perbelanjaan yang Anda Tidak Sedari

4 Ketirisan Perbelanjaan yang Anda Tidak Sedari

993
24
Perbelanjaan, Ekonomi
Duit yang kita cari dengan jerih payah setiap bulan tidak patut dibazirkan dengan sewenang-wenangnya. Banyak perkara yang perlu diambil perhatian dalam menguruskan wang yang semakin mengecil nilainya pada waktu ini. Tetapi, tahukah korang bahawa banyak lagi perkara-perkara disekeliling kita yang tanpa sedar menyebabkan ketirisan perbelanjaan kita pada setiap bulan. Walaupun nilai yang dapat dijimatkan cuma berapa sen sangat, ianya tetap juga bernilai. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bak kata Benjamin Franklin, ‘a penny saved is a penny earned‘.

Kebocoran Paip

Paip-paip yang bocor adalah contoh utama pembaziran yang berlaku di rumah kita. Bocornya mungkin dilihat kecil, tetapi jika ianya dibiarkan, ia boleh memberikan kesan terhadap pembayaran bil air anda pada setiap bulan. Pada tandas, periksa bahagian ‘flush‘ untuk memastikan tiada sebarang kebocoran berlaku. Jika air mencurah berterusan ke mangkuk tandas tanpa digunakan, itu tandanya injap tangki tandas anda bermasalah dan perlukan penggantian.Kebocoran pada bahagian pili air lebih mudah dikesan berbanding kebocoran pada bahagian-bahagian sambungan paip yang lain. Untuk mengesannya, tutup kesemua pili di rumah dan periksa bacaan meter air. Jika meter terus bergerak walaupun anda pasti tiada sebarang pili dibuka, segera lakukan kerja-kerja baik pulih paip air di rumah anda. Hubungi plumber jika anda tak reti repair paip air atau tidak pernah belajar perpaipan domestik di dalam subjek Kemahiran Hidup dahulu.

Peralatan Elektrik yang Kuat ‘Makan Karan’

Jika anda baca entri ni pada monitor CRT, anda sedang menggunakan elektrik lebih banyak berbanding menggunakan monitor LCD atau LED.Monitor LED menggunakan kuasa elektrik yang lebih jimat 10-25% berbanding monitor CRT. Penggunaan komputer yang terlalu lama dan kerap lebih banyak memberikan kesan terhadap pembaziran elektrik terutamanya dengan penggunaan monitor CRT. Pendingin hawa yang tidak bersesuaian dengan saiz bilik juga mendorong kepada pembaziran. Untuk bilik yang berkeluasan bilik tidur rumah kos rendah, memadai dengan pendingin hawa berkuasa 1HP dan kebawah.

Terperangkap dengan Broadband Provider yang sama

Persaingan di antara pembekal talian internet jalur lebar di Malaysia kian sengit. Sesetengah plan, akan memaksa pelanggan mengikat kontrak untuk suatu tempoh tertentu. Selepas tamat tempoh ikatan, anda patut menilai semula langganan internet anda. Barangkali anda mungkin terkejut mendapati kadar yang ditawarkan akibat persaingan antara pembekal internet ini menyebabkan harga menjadi jauh lebih murah dan lebih pantas berbanding tawaran yang dikemukakan 2-3 tahun lepas.

Membeli makanan siap di kedai-kedai runcit seperti 7-Sebelas

Kerapkali kita lebih mudah membeli makanan yang sudah siap sedia berbanding membuatnya sendiri di rumah. Aku faham, kita kebanyakannya kesuntukan masa untuk menyediakan makanan sendiri, tetapi membeli di kedai-kedai serbaneka seperti di 7-Sebelas adalah lebih mahal berbanding di kedai-kedai runcit biasa. Bagi pekerja pejabat, mungkin anda boleh membuat stok makanan kering seperti biskut-biskut dan roti-roti untuk disimpan di pantry untuk kegunaan pada waktu-waktu perut anda berkeroncong. Ia alternatif daripada membeli harga yang overprice dari kedai 24 jam berhampiran ofis anda.

Pandangan-pandangan yang diberikan hanyalah sekadar pandangan peribadi aku je. Jika korang ada idea-idea penjimatan yang lebih baik, sila kongsikan pada ruangan komen di bawah.

24 KOMEN

    • Buat masa ni paling berbaloi dengan value dan tak ikat kontrak, U Mobile aje la. RM40 sebulan dengan kuota 2 GB. Hotlink dengan sim kad baru ni, ada pakej internet percuma. Tapi dia punya speed 56kbps. Memang slow giler la.

  1. Asben suka beli kat 7-11 tu sebab dekat ngn rumah..
    Bila kita ckp mahal, asben ckp cuba calculate balik kos nak p bli kat mall..hehee

    So kalau kata kebetulan p Mall baru beli apa patut 😀

  2. Yang nombor satu tak berlaku sebab air free. heheh. Tak pernah pun rasa bayar bil air lagi selama dok di PJ.

    Yang broadband tu, pun kurang terasa sebab…. pakai yg prepaid celcom. Data 300MB je utk sebulan RM30. Kalo malas nak renew, tak yah renew.

    Tapi yg keempat tu saya setuju sgt. tujuh sebelas mmg mahal skit harganya. Speed Mart murah skit. Tapi tak 24jam plak.

  3. yang pasal broadband tu aku setuju..kontrak aku ngan P1 dh abis tapi masih dengan Yes masih ade lagi..nak tutup salah satu nanti tak cukup penggunaan untuk satu rumah..aku pun masih berbelah bagi nak tutup dua-dua dan amik unifi ke tak..hehe

    Regards,
    -Strider-

  4. aku dah lama kensel berokband… aku on wifi rumah, la ni aku plan nk connect smatpon aku ngan digi internet prepaid plan, so that bila aku gi outstation, aku bleh access tenet dgn harga yg berbaloi-baloi sepanjang masa aku outstation saja ^^

  5. artikel ini membuka minda aiza untuk berfikir.. ketirisan perbelanjaan berkenaan berlaku dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari.. bab internet tu dulu pernah juga melanggan internet bulanan postpaid.. sekarang lebih selesa guna prepaid saja..

  6. Tips-tips yang baik, kebanyakkan negara meju mendidik anak-anak berjimat cermat terutamanya penggunaan air, tapi kat Malaysia ni sumber air banyak kut, jadi tak dititik beratkan sangat pun

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.