Jika kemaskini terbaru yang dipasang didapati menyebabkan komputer anda bermasalah, Windows 10 boleh menyahpasangnya secara automatik.

Menurut Microsoft Support, sesetengah kemaskini mungkin tidak bersesuaian dengan sistem komputer pengguna. Manakala ada sesetengahnya pula mungkin mengandungi pepijat yang besar.

Jika Windows tidak dapat membaiki masalah-masalah yang timbul sewaktu pemasangan kemaskini berkenaan, ia secara automatiknya akan menyahpasang kemaskini tersebut. Seterusnya, satu notifikasi akan tertera yang menyatakan:

“We removed some recently installed updates to recover your device from a startup failure.”

Bagi mengelakkan masalah yang sama berulang lagi, Windows turut menyahaktif fungsi pemasangan automatik kemaskini terbabit selama 30 hari. Microsoft turut menyatakan tempoh berkenaan mungkin mencukupi bagi pihak mereka mencari punca masalah yang dihadapi oleh pengguna-penggunanya.

Fungsi ini tentunya memudahkan pengguna-pengguna Windows 10 yang berdepan dengan kemaskini bermasalah seperti yang dialami pada kemaskini Oktober tahun lalu.

Sumber berita diperoleh dari Microsoft Support Imej dari Getty

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.