Syarikat-syarikat perkhidmatan seru-pandu (e-hailing) di Malaysia dikehendaki mematuhi peraturan khusus untuk perkhidmatan berkenaan bermula 12 Julai 2019 nanti. Pemandu-pemandu dikehendaki mematuhi empat syarat utama yang telah dipersetujui, iaitu:

  • Pemeriksaan Puspakom untuk kenderaan berusia tiga tahun ke atas
  • Menjalankan pemeriksaan kesihatan
  • Memiliki insurans kenderaan
  • Memiliki lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV)

Golongan orang kurang upaya (OKU) pastinya menerima kesan terbesar memandangkan mana-mana pemandu OKU yang hanya memiliki lesen memandu kelas A dan A1 secara automatik tidak dibenarkan lagi untuk memandu Grab. Hal ini disebabkan oleh syarat pemilikan lesen PSV yang melarang pemandu yang mempunyai masalah kesihatan seperti pekak, buta warna, pergerakan yang terhad dan kencing manis (Sekseyn F – Borang JPJ L84).

Bagaimanapun, pemandu-pemandu OKU yang memiliki lesen memandu CDL (kelas D dan DA) masih lagi dibenarkan untuk memohon menjadi pemandu Grab dengan syarat melepasi had rekod kesihatan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Perkara ini masih lagi perlu dibincangkan dengan lebih teliti di antara Grab dan pihak kerajaan bagi membolehkan warga OKU menyumbang bakti kepada masyarakat menerusi kebolehan masing-masing.

Sumber berita diperoleh dari Grab

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.