Adakah anda ingin menggunakan aplikasi Android anda pada komputer Windows 10 anda? Sama ada anda mahukannya atau tidak, Microsoft kini sedang mengusahakan fungsi tersebut melalui fungsi “phone screen” yang sebelum ini telah “dibuang” dari kemaskini Windows 10.

Bagaimanapun, jangan nak seronok sangat lagi. Fungsi ini hanya terhad untuk pengguna Windows Insider dan peranti yang dibenarkan setakat ini hanya terhad kepada Samsung Galaxy S8, S8+, S9, dan S9+ sahaja.

Buat masa ini, aplikasi Your Phone untuk Windows 10 membenarkan anda melakukan penyegerakan kandungan seperti foto dan SMS antara telefon pintar anda dengan komputer.

Fungsi terbaru ini pula dilaporkan mampu menawarkan lebih lagi dengan membolehkan pengguna membuat penduaan skrin peranti Android dengan komputer Windows 10. Ia juga menyenaraikan aplikasi yang dipasang pada komputer dan boleh dilancarkan dengan hanya klik padanya.

Fungsi penduaan Android ini mula ditawarkan bermula hari ini kepada pengguna-pengguna program Windows Insider. Pengguna-pengguna yang terpilih juga memerlukan binaan pengujian terkini Windows 10 serta komputer berkenaan perlu menyokong Bluetooth dengan mod Low Energy Peripheral. Ini kerana fungsi berkenaan memerlukan telefon pintar dan komputer berhubung melalui Bluetooth. Tidak ketinggalan, pengguna juga memerlukan telefon pintar dari model Samsung Galaxy S8, S8+, S9, dan S9+ sahaja.

Tidak dapat dipastikan bilakah Windows akan mula menawarkan fungsi ini kepada pengguna Windows 10 lain melalui kemaskininya yang akan datang.

Bagi pengguna-pengguna lain yang berminat untuk melakukan penduaan Android pada komputer Windows, anda mungkin mencuba perisian dari GitHub iaitu, SCRCPY yang boleh dimuat turun secara percuma.

Sumber berita diperoleh dari Microsoft

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.