Beberapa perkhidmatan Google dilaporkan sedang mengalami masalah capaian yang turut melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Gmail, Youtube, Drive dan Play Music.

Bagi anda yang tidak dapat menghantar emel melalui Gmail atau memuat naik fail ke Drive, anda bukan keseorangan menghadapi masalah ini. Google kini sedang mengalami masalah capaian yang melibatkan pengguna-penggunanya di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Malaysia dan Australia.

Menurut laman web Down Detector, Gmail dan Youtube dilaporkan mula mengalami masalah capaian pada jam 10 pagi tadi waktu Malaysia.

Notis papan pemuka G Suite turut menyatakan pengguna Gmail dan Google Drive akan berdepan dengan pelbagai jenis ralat, latensi tinggi serta lain-lain masalah yang luar dari kebiasaan.

Google turut mengakui masalah ini berpunca dari masalah pada Cloud Engine pihaknya dan pasukan jurutera Google kini sedang berusaha menyelesaikan masalah ini.

We are still seeing the increased error rate with Google App Engine Blobstore API. Our Engineering Team is investigating possible causes.

Mitigation work is currently underway by our Engineering Team. We will provide another status update by Tuesday, 2019-03-12 20:45 US/Pacific with current details.

Sehingga itu, pengguna-pengguna yang terlibat akan berdepan dengan masalah ini dinasihatkan supaya bersabar dan menunggu sehingga kerja-kerja baikpulih perkhidmatan Google ini selesai dijalankan.

Sumber berita diperoleh dari The Guardian

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.