Samsung Malaysia pada hari ini sudah mula menawarkan kemaskini Android Pie kepada pengguna-pengguna Galaxy S8 di Malaysia. Kemaskini terbaru untuk Galaxy S8 dan S8+ ini turut menerima pembaharuan antaramuka One UI.

Selain dari pembaharuan pada antaramukanya, turut disediakan pengoptimasian penggunaan bateri, kaedah interaksi serba baru, sokongan navigasi yang dioptimasikan untuk sebelah tangan, kemudahan membalas terus daripada talam notifikasi, dan juga lain-lain ciri penambahbaikan terbaru.

Pengguna Samsung Galaxy S8 Malaysia kini sudah boleh memuat turun fail kemaskini sebesar 1.6GB berkenaan melalui peranti masing-masing.

Sumber berita diperoleh dari Sammobile

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.