Unicode Consortium mengumumkan set emoji baru untuk tahun 2019. Kesemuanya mengandungi 59 emoji baru – atau 230 jika anda mengambil kira kesemuanya sekali termasuk variasi mengikut jantina dan warna kulit.

Senarai emoji terbaru ini turut merangkumi emoji khusus untuk golongan kurang upaya seperti kerusi roda, anjing pembantu dan orang cacat pendengaran.

Tidak ketinggalan, penambahan baru turut memasukkan elemen kebudayaan sesebuah komuniti seperti sari, kuil dan tuk-tuk.

Lain-lain emoji pula adalah sesuatu yang kelihatan agak merapu seperti haiwan-haiwan – flamingo, orang utan dan sloth. Serta makanan-makanan yang terdiri daripada wafel, kotak minuman jus dan bawang.

Bagaimanapun emoji-emoji terbaru ini tidak akan dapat digunakan oleh pengguna dalam masa terdekat ini. Pada kebiasaannya Unicode akan memasukkannya sekitar September atau Oktober setiap tahun. Atau sekitar Apple dan Google menerbitkan kemaskini utama untuk sistem operasi masing-masing.

-Sumber berita diperoleh dari Unicode

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.