Pengumuman PUBG Lite untuk PC baru-baru ini telah menarik perhatian kebanyakan peminat permainan komputer. Hal ini antaranya disebabkan oleh faktor spesifikasi permainan itu sendiri yang dilaporkan boleh dimainkan pada PC berspesifikasi minimal seperti pemprosesan grafik Intel HD Graphics 4000.

PUBG Corp baru-baru ini telah mendedahkan tarikh pengujian beta PUBG Lite untuk PC bagi pemain-pemain di Malaysia mula dibuka pada 14 Februari 2019. Selain dari Malaysia, ujian beta berkenaan turut dibuka untuk pemain-pemain Indonesia, Singapura dan Filipina.

Muat turun permainan PC berkenaan boleh mula didapati bermula dari 13 Februari 2019. Pihak PUBG Corp bagaimanapun tidak menyatakan sama ada pemain-pemain dari Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand akan berkongsi di dalam satu pelayan atau tidak.

Sumber berita diperoleh dari PUBG Corp

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.