Bagi menghangatkan lagi acara Samsung Unpacked yang bakal berlangsung pada 21 Februari ini, Samsung telah menerbitkan satu video acah berkenaan telefon pintar boleh-lipat yang bakal diperkenalkan di dalam acara tersebut.

Video acah berkenaan memberikan bayangan kemunculan telefon pintar boleh-lipat Samsung di dalam acara Unpacked berkenaan. Klip pembukaan video acah dimulai dengan teks perkataan Korea bertulisan hangul sebelum terjemahan berbahasa Inggerisnya, “The Future Unfolds” muncul. Turut dimuatkan angka 10 yang membayangkan tiga model Samsung Galaxy S10 bakal diperkenalkan pada minggu hadapan.

Samsung pertama kali mendedahkan teknologi telefon boleh lipat ini sejak dari November tahun lalu. Sewaktu memperkenalkannya, sebuah demonstasi yang menunjukkan sebuah peranti yang boleh diubah dari tablet kepada telefon pintar turut dipersembahkan.

Sumber berita diperoleh dari Youtube Samsung, Imej dari AP

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.