Pra-tempahan untuk telefon pintar terbaru, Huawei Nova 4 kini mula dibuka hari ini – 8 Februari 2018 dan akan menerima peranti pada 14 Februari. Pembelian secara pra-tempahan turut menerima cenderahati menarik seperti Bluetooth Headset dan Premium Gift Pack bernilai RM400.

Dari segi spesifikasi, Huawei Nova menawarkan skrin 6.4-inci IPS LCD, bersama-sama kuasa pemprosesan cip Kirin 970, RAM 8GB dan ROM 128GB. Kamera utama telefon pintar ini dilengkapi dengan tri-kamera berkonfigurasi 20MP, 16MP dan 2MP. Manakala untuk kamera hadapannya pula, ia menyediakan kamera 25MP. Tidak ketinggalan, bateri berkapasiti 3750mAh dan bicu audio 3.5 mm.

Apa yang menariknya dengan Huawei Nova 4 adalah penggunaan rekaan paparan skrin berlubang yang menempatkan kamera hadapannya. Telefon pintar model ini merupakan pertama seumpamanya dari Huawei yang menampilkan ciri rekaan ini.

Huawei Nova 4 mula memasuki pasaran Malaysia bermula 14 Februari 2019. Pra-tempahan boleh dibuat melalui pautan ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.