Pasaran telefon pintar kini kian tepu dengan persaingan antara pengeluar-pengeluar telefon pintar. Oleh itu, untuk meningkatkan jumlah jualan, para pengeluar kini sedang giat menjalankan pelbagai inovasi.

Salah satu usaha inovasi terbaru diperkenalkan oleh Xiaomi melalui mempatenkan rekaan paparan penuh nirbingkai pepenjuru. Apa yang membezakan paten rekaan ini dengan rekaan nirbingkai pada telefon pintar mercu yang ada di pasaran hari ini adalah rekaan ini paparannya benar-benar tiada bingkai langsung pada sisinya.

Agak sukar untuk membayangkan bagaimanakah rupa bentuk peranti dari paten ini andainya ianya berjaya dihasilkan. Oleh yang demikian, pihak portal Lets Go Digital telah menghasilkan imej pengolokan bagi telefon pintar berkenaan.

Berdasarkan paten, telefon pintar Xiaomi tersebut tidak menunjukkan sebarang kehadiran butang-butang fizikal pada mana-mana bahagiannya. Hal ini memberikan kemungkinan telefon pintar ini bakal dilengkapi dengan penderia cap jari di dalam paparannya.

Walau apa pun jua desas-desus mengenai paten ini, ianya masih belum menjamin paten ini bakal direalisasikan sebagai sebuah produk untuk dipasarkan.

Sumber berita diperoleh dari Lets Go Digital

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.