Neffos baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran telefon pintar Android Go keluarannya, Neffos C5 Plus ke pasaran Malaysia. Jenama telefon pintar di bawah syarikat pengeluar perkakasan TP-Link ini menetapkan harga Neffos C5 Plus pada RM249.

Melalui paparan bersaiz 5.34-inci, telefon pintar Android Go dari Neffos ini menawarkan spesifikasi RAM 1GB, storan dalaman 8GB berserta kamera utama 5MP dan kamera hadapan 2MP.

Oleh kerana telefon pintar ini merupakan sebuah peranti Android Go, Neffos C5 Plus yang menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo Go Edition ini dioptimasikan untuk penggunaan data yang rendah dan juga kegunaan luar talian (offline).

Telefon pintar Neffos C5 Plus kini boleh didapati melalui pengedar-pengedar rasmi Neffos di seluruh Malaysia dan juga secara atas talian melalui Lazada dan Shopee.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.