Lebih kurang tiga minggu yang lalu, Xiaomi Malaysia telah mengeluarkan iklan teaser untuk telefon pintar Mi Mix 3 dan kini syarikat pengeluar telefon pintar dari China berkenaan telah mengumumkan tarikh pelancarannya.

Xiaomi Malaysia telah berkongsikan imej telefon pintar berkenaan melalui laman Facebook rasminya berserta tarikh pelancarannya. Tidak seperti teaser yang terdahulu, tiada sebarang kenyataan berkenaan harga bagi telefon pintar terbaru berkenaan.

Secara ringkasnya, telefon pintar ini menyediakan spesifikasi seperti tetapan dwi-kamera untuk kamera hadapannya dengan tetapan 24MP dan 2MP, paparan 6.39-inci Full HD dengan nisbah skrin-ke-kerangka 93.4%, bersama-sama kerangka bermagnetik yang boleh diluncurkan.

Berdasarkan teaser sebelum ini, dijangkakan dua jenis model telefon pintar ini akan memasuki pasaran Malaysia –¬† iaitu¬†6GB/128GB dan 8GB/128GB. Harganya pula dijangkakan mungkin sekitar RM2500 bagi model 8GB/128GB jika diambil kira harga jualan yang telah ditetapkan untuk pasaran China, setelah mengambil kira nilai tukaran wang secara terus.

Sehingga itu, kita nantikan maklumat rasmi berkenaan Xiaomi Mi Mix 3 pada hari pelancarannya 12 Januari 2019 ini.

Sumber berita diperoleh dari Xiaomi Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.