Samsung pada kebiasaannya akan memilih tarikh sekitar bulan Februari atau Mac pada setiap tahun untuk melancarkan siri telefon pintar Galaxy S terbaru keluarannya. Untuk tahun ini, Samsung telah memilih tarikh pada 20 Februari ini untuk melancarkan Samsung Galaxy S10 bersempena acara Samsung Unpacked.

Acara yang bakal dijadualkan berlangsung di San Francisco turut diadakan bagi menandakan ulang tahun sedekad telefon pintar siri Galaxy S muncul ke pasaran. Selain itu, dijangkakan Samsung akan mendedahkan secara rasminya teknologi paparan Infinity Flex yang membolehkan telefon pintar boleh dilipat.

Juga, turut dijangkakan Samsung bakal mempersembahkan usaha penambahbaikan ke arah pencapaian teknologi 5G di dalam industri peranti mudah alih. Sehingga itu, kita nanti tarikh acara Samsung Unpacked untuk lebih pencerahan berkenaan perkembangan teknologi terkini.

Sumber berita diperoleh dari Samsung

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.