Selepas tiga minggu pengumuman rasmi Nova 4 dibuat oleh Huawei, kini dijangkakan lebih banyak maklumat berkenaan telefon pintar keluaran terbaru ini untuk pasaran Malaysia.

Terbaru, pihak Huawei telah menghantar jemputan kepada wakil-wakil media untuk menghadiri majlis pelancaran Huawei Nova 4 yang dijadualkan bakal berlangsung 16 Januari ini.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi sebelum ini, telefon pintar ini menawarkan dua pilihan model. Perbezaan di antara kedua-dua model ini terletak pada tetapan kamera utamanya yang salah satunya menawarkan tetapan tiga lensa kamera dan manakala selebihnya menawarkan tetapan dua lensa.

Selain itu, Nova 4 menawarkan paparan Full HD+, kamera hadapan 25MP yang ditempatkan pada paparannya, chipset Kirin 970, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Harga dan tarikh mula dijual dijangka akan diumumkan selepas pelancaran rasminya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.