AMD secara rasminya telah melancarkan empat pemprosesan terbarunya yang dibina berasaskan senibina acuan 14Zen. Pemprosesan yang dimaksudkan adalah AMD Athlon 200GE, Athlon PRO 200GE the Ryzen 7 PRO 2700X, Ryzen 7 PRO 2700, dan Ryzen 5 PRO 2600.
AMD Athlon 200GE menampilkan 2-teras, 4-bebenang, serta memiliki kelajuan klok 3.2GHz. Selain itu, pemprosesan ini juga diintegrasikan dengan tiga Graphics Compute Units yang berasaskan kepada senibina GPU AMD’s Radeon RX Vega. Dari sudut penggunaan kuasa, Athlon 220GE hanya memerlukan TDP keseluruhan 35W sahaja.

AMD mensasarkan Athlon 220GE untuk segmen pasaran pemula. Secara spesifik, pemain-pemain permainan komputer yang mahukan komputer peringkat permulaan pada harga bajet.A

AMD Athlon 200GE akan dijual pada harga US$55 (~RM227) sewaktu pelancarannya. Ia dijangka bakal menemui pengguna pada bulan ini juga.

Seterusnya, AMD turut memperkenalkan Athlon 200GE Pro Version. Secara asasnya, kedua-duanya adalah hampir sama spesifikasinya. Cuma dibezakan, Pro Version dikhususkan kepada golongan professional.

Pemprosesan Ryzen Pro Generasi Kedua adalah hampir mirip dengan versi bukan Pro nya dan hanya dibezakan dengan beberapa ciri-ciri unik lain. Pemprosesan ini juga turut dilengkapi dengan kesemua teknologi pemprosesan AMD, termasuklah versi terkini SenseMI.

Untuk Ryzen 5 PRO 2600 pula, ianya hadir dengan 6-teras dan 12-bebenang. Manakala untuk pemprosesan-pemprosesan siri Ryzen 7 PRO 2700 pula, ianya menampilkan 8-teras dan 16-bebenang. Kelajuan klok pemprosesan Athlon terbaru berserta tiga model pemprosesan Ryzen PRO adalah seperti berikut;
Athlon PRO 200GE – Asas: 3.2GHz, TDP35W

Ryzen 7 PRO 2700X – Asas: 3.6GHz / Boost: 4.1GHz, TDP: 95W

Ryzen 7 PRO 2700 – Asas: 3.2GHz / Boost: 4.1GHz, TDP: 65W

Ryzen 5 PRO 2600 – Asas: 3.4GHz / Boost: 3.9GHz, TDP: 65W

Setakat ini, pihak AMD masih lagi belum mengeluarkan kenyataan mengenai bilakah dan harga pemprosesan ini di pasaran kelak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.