Sejak awal bulan ini, anda mungkin mendapati kemunculan promosi-promosi pakej internet jalur lebar TM Streamyx yang menawarkan pakej di bawah RM100. Berdasarkan apa yang diperoleh dari media-media sosial, pakej 1Mbps, 2Mbps, dan 4Mbps ditetapkan pada harga yang sama – RM90 sebulan. Pakej ini turut didatangkan bersama router wireless dan telefon DECT secara percuma.

Bagi pakej 8Mbps pula, kadar yang ditetapkan adalah RM100 sebulan dan pelanggan bakal menerima set kotak TV Unifi berserta akses percuma saluran asas Unifi TV (RTM1, RTM2, TV3, TV9, NTV7 dan lain-lain). Tidak ketinggalan router wireless dan telefon DECT turut diberikan kepada pelanggan secara percuma. Sebagai perbandingan, pakej yang sama ditawarkan pada masa ini ditetapkan pada kadar RM160 sebulan.

Macam biasa, ada satu je yang slack pada tawaran pakej ini. Ia hanya ditawarkan kepada pelanggan baru mendaftar sahaja. Pelanggan sedia ada tidak layak untuk mendapatkan pakej promosi ini.

Apa yang diharapkan pada pakej promosi ini adalah supaya ianya tidak menjadi seperti pakej promosi Unifi Lite RM99 pada tahun lepas yang sekadar hot-hot chicken shit sahaja. Sudahnya, promosi tersebut “ditangguhkan” oleh pihak TM atas sebab yang tidak diketahui.

Sumber berita diperoleh dari Facebook Hafizal Basri

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.