Western Digital sedang merancang untuk menamatkan operasi kilangnya di Kelana Jaya selepas 20 tahun menjalankan aktiviti pengeluaran hard disk. Penamatan ini selaras dengan perubahan teknologi pembuatan storan yang beralih dari berasaskan cakera kepada berasaskan flash.

Sejak mula ditubuhkan pada tahun 1973, Western Digital sememangnya tidak asing lagi di dalam industri IT di Malaysia. Salah satu kilang pengeluaran Western Digital yang dioperasikan oleh subsidiarinya HGST di Pulau Pinang telah menutup operasinya pada tahun 2016 lalu, menjadikan kini hanya tinggal dua buah kilang sahaja yang beroperasi masing-masing satu di Johor Bahru dan satu lagi di Kuching. Manakala sebuah lagi kilang pengeluaran pemacu solid-state masih lagi beroperasi di Pulau Pinang.

Apabila ditanya oleh laman berita berpangkalan di UK, The Register, jurucakap pihak Western Digital menyatakan bahawa, “the data technology industry is undergoing substantial change. This market transformation is driving increased adoption of SSDs and NAND flash in traditional HDD applications. The change has contributed to growth in SSD/NAND flash and declining long-term demand for client HDDs. Consequently, Western Digital plans to expand SSD manufacturing in Penang. The company is in the final stages of commissioning its second SSD facility in Penang, which will go into production in the coming months.”

Perubahan beransur-ansur Western Digital ke arah pemacu storan solid-state selepas jalinan usaha sama dengan Toshiba sememang sudah dijangkakan. Cuma, penutupan ini pastinya memberikan kesan terhadap warga kerja kilang Western Digital Kelana Jaya yang menyumbang bakti sebagai sebahagian dari penggerak industri IT negara.

Sumber berita diperoleh dari The Register

1 komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.