TM dilihat agak membisu dalam membicarakan tentang perihal penurunan harga internet jalur lebar yang diuar-uarkan oleh pihak kerajaan sejak berakhirnya Pilihanraya Ke-14 yang lalu. Cuma baru-baru ini sahaja pihak TM mengumumkan akan mula melaksanakan pengurangan harga jalur lebar pada penghujung tahun ini selaras dengan hasrat kerajaan.

Pengumuman ini disampaikan kepada pihak media malam semalam dan ia turut dimuatkan ke dalam kenyataan media melalui laman web rasmi syarikat.

“We wish to inform that Telekom Malaysia Berhad (TM) has had several engagements in an ongoing dialogue with the Ministry of Communications & Multimedia Malaysia and the Malaysian Communications & Multimedia Commission (MCMC), to reiterate its support of the Government’s aspiration regarding affordable broadband services at higher speed for the nation to increase its competitiveness; and on TM’s proposed initiatives to implement the same.

Further details on the initiatives will be announced by TM within the next quarter.”

Secara tidak langsung, inisiatif dari pihak TM ini selari dengan kehendak pihak kerajaan yang mengumumkan pada minggu lepas iaitu pengurangan harga dijangka bakal dilaksanakan pada penghujung tahun ini.

Ini bukanlah pertama kali pihak TM melaksanakan permintaan dari pihak kerajaan. Pada tahun lepas, TM telah menjalankan kerja-kerja menaik taraf kelajuan capaian internet untuk para pelanggannya berdasarkan pengumuman kerajaan melalui pembentangan Bajet 2017.

Apa yang diharapkan kepada pihak TM kali ini adalah perkara buatlah betul-betul jika benar ingin memajukan negara dan bukannya dengan buat iklan “bawang” yang entah mende-mende tu.

2 KOMEN

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.