Hampir dua bulan selepas diperkenalkan di pasaran global, Xiaomi Mi Mix 2S kini telah disahkan akan hadir ke pasaran Malaysia tidak berapa lama lagi. Dari segi keseluruhannya, Mi Mix 2S ini lebih dilihat sebagai sebuah kemaskini.

Bagaimanapun, telefon pintar flagship ini tetap menggunakan pemprosesan berprestasi tinggi Qualcomm Snapdragon 845 processor. Sungguhpun jenis variasi apa yang bakal dipasarkan di Malaysia masih lagi belum diketahui, maklumat spesifikasi yang dapat dipastikan berdasarkan model di pasaran China adalah; 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Selain itu, Mi Mix 2S turut didatangkan dengan paparan HD+ Penuh 5.99 inci, bateri 3400mAh dengan sokongan Quick Charge 3.0 dan pengecas tanpa wayar Qi.

Untuk bahagian kameranya pula, Mi Mix 2S dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera yang menampilkan sistem dwi-piksel pada kamera utama 12MP bergandingan dengan kamera telefoto 12MP bersebelahannya. Bagi kamera hadapannya pula, telefon pintar Xiaomi ini menawarkan 5MP.

Bagi anda yang berminat untuk menjadi antara yang terawal mendapatkan Xiaomi Mi Mix 2S ini, anda mungkin boleh menandakan tarikh 1 Jun 2018 ini pada kalendar anda.

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.