Xiaomi Redmi Note 5 merupakan di antara telefon pintar taraf pertengahan yang wajar diberikan perhatian pada tahun ini. Telefon pintar ini telah hadir ke pasaran Malaysia dengan harga yang amat kompetitif dan berbaloi dengan nilai yang ditawarkannya.

Menampilkan paparan 5.99 inci HD+ Penuh 18:9 dengan bezel minima, chipset Qualcomm Snapdragon 636 dengan teras Kryo 260 semi tersuai yang pada kebiasaannya didapati pada Snapdragon 660. Memori yang ditawarkan adalah 3GB atau 4GB dengan ruang storan yang boleh dikembangkan sehingga 64Gb. Telefon pintar ini juga menawarkan bateri sehingga 4,000mAh.

Sungguhpun spesifikasi perkakasannya hampir sama dengan telefon pintar taraf pertengahan yang lain, apa yang membezakannya dengan telefon pintar pertengahan lain adalah pada penggunaan sistem dwi-kameranya. Bagi kamera utamanya, ia menyediakan tetapan penderia 12MP f/1.9 – dengan saiz piksel 1.4μm pixel sizedan juga penderia 5MP. Untuk kamera swafotonya pula, ia menawarkan kamera 13MP dengan sokongan algoritma kecerdasan buatan Xiaomi, Beautify 4.0.

Xiaomi Redmi Note 5 kini boleh dibuat pra-tempahan melalui Lazada dan juga akan hadir di pasaran seluruh Malaysia bermula 5 Mei ini. Model 32GB dengan RAM 3GB dijual pada RM799, manakala 64GB dengan RAM 4GB pula dijual pada harga RM999.

Sumber berita diperoleh dari New Straits Times.

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.