Pemulihan data atau data recovery merupakan sesuatu yang amat penting dan ia pada kebiasaannya akan rasa amat penting ketika anda mengalami kehilangan data pada peranti anda. Masa OK, semua buat rilek dan tak ambil kisah tentangnya sampailah ke waktu data berkenaan hilang atau rosak. Lebih kurang kesihatan kita yang manusia ni jugak lah kan. Masa sihat, balun semacam je makanan, rokok apa semua bagai. Dah sakit baru nak beringat.

Selain dari PC, peranti mudah alih seperti Android juga kini turut memerlukan pemulihan data memandangkan kapasiti dan tahap penggunaannya kian meningkat saban tahun. EaseUS MobiSaver for Android 5.0 merupakan salah satu aplikasi yang boleh melakukan pemulihan data peranti-peranti Android.

Sungguhpun aplikasi ini bertujuan untuk melakukan pemulihan data bagi peranti Android, ianya perlu dipasangkan pada komputer Windows. Seterusnya, ia akan disambungkan ke peranti Android melalui sambungan kabel USB. Seterusnya, perisian ini mampu memulihkan kembali data-data yang terkandung di dalam peranti Android seperti SMS, nombor perhubungan kenalan, foto, video, muzik dan juga dokumen-dokumen.

Pada kebiasaannya, data-data yang terkandung di dalam sesebuah peranti Android boleh hilang atau rosak disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan. Antaranya, termasuklah ralat pada sistem operasi peranti, kesilapan ketika melakukan rooting, tidak cermat mengendalikan peranti, tersilap padam fail, masalah kerosakan pada perkakasan peranti, serangan virus dan juga lain-lain masalah yang tidak dapat kita jangkakan bakal berlaku.

Untuk mendapatkan kembali data-data dari peranti Android berkenaan, pengguna hanya perlu menyambungkan peranti ke PC melalui kabel penyambungan USB. Kemudian lakukan imbasan terhadap peranti berkenaan dan jika berjaya menemukan fail yang diinginkan, lakukan pemulihan terhadapnya.

Perisian  EaseUS MobiSaver for Android 5.0 ini berkeupayaan melakukan pemulihan data sama ada pada storan dalaman peranti mahupun pada kad memori SD peranti.

Fungsi pemulihan data peranti Android dari PC ini menyokong hampir kesemua peranti-peranti Android dan juga sistem operasinya dari Android 8.0 Oreo hinggalah jenis yang lama seperti Android 2.3 Gingerbread.

Perisian ini menyediakan versi percubaan bagi mana-mana pengguna yang berminat untuk mengujinya terlebih dahulu bagi mengetahui sejauh mana tahap keberkesanannya.

Pengguna yang boleh mendapatkannya melalui pautan ini.

Lanjutan dari itu, pihak pembanguna erisian EaseUS kini sedang menjalankan promosi bersempena Hari Paskah (Easter Day) dengan menawarkan hadiah bagi pemenang kuiz. Serta, tidak ketinggalan potongan sehingga 50% untuk sebahagian perisian-perisian terbaik dari EaseUS.

Pengguna yang berminat untuk menyertai kuiz berkenaan, anda boleh melayari pautan ini.

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.