Samsung hari ini mengumumkan pihaknya telah mula menjalankan pembuatan berskala besar bagi menghasilkan SSD berkapasiti terbesar di dunia keluarannya. Pada faktor bentuk 2.5 inci, pemacu ini mampu memuatkan kapasiti sehingga 30.75 terabyte melalui teknologi Samsung V-NAND.

Dikenali sebagai PM1643, pemacu ini menggabungkan 32 batang flash NAND 1TB, yang setiap satunya mengandungi 16 lapisan cip V-NAND 512GB yang disusun secara bertindan. Melalui teknologi ini, pemacu terbaru keluaran Samsung ini mampu menawarkan kadar pemindahan data yang sangat pantas – hingga tiga atau empat kali ganda berbanding SSD biasa – berserta mampu di’boot’kan dengan lebih pantas.

Pemacu-pemacu terbaru ini juga dilaporkan mampu menyimpan sehingga 5,700 buah video HD penuh di dalam sesebuah unit.

With our launch of the 30.72TB SSD, we are once again shattering the enterprise storage capacity barrier, and in the process, opening up new horizons for ultra-high capacity storage systems worldwide. Samsung will continue to move aggressively in meeting the shifting demand toward SSDs over 10TB and at the same time, accelerating adoption of our trail-blazing storage solutions in a new age of enterprise systems.

Secara keseluruhannya, pemacu ini menawarkan kelajuan dan kapasiti sekali ganda lebih baik dari SSD 15.36TB yang dilancarkan sekitar Mac 2016.

Pemacu ini tidak akan hadir pada mana-mana laptop atau desktop keluaran terbaru dalam masa terdekat ini. Namun, bagi pengguna seperti saya, pada kebiasaannya akan menunggu jauh lebih lama untuk mendapatkan perkakasan ini atas faktor harga.

Sumber berita diperoleh dari Samsung

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.