Setelah pelbagai desas-desus berkenaan model telefon pintar keluaran terbaru Sony dibicarakan oleh netizen, akhirnya Sony secara rasminya mendedahkan Xperia XA2, Xperia XA2 Ultra, dan Xperia L2. Ketiga-tiga telefon pintar ini dijangka hadir sekitar bulan Januari ini juga.

Sama ada anda peminat reka bentuk Sony tegar atau jenis tak kisah, anda mungkin mendapati reka bentuk nir-bingkai kini sudah menjadi suatu kebiasaan. Rekaan sebegini tidak didapati pada Xperia XA2, Xperia XA2 Ultra, dan Xperia L2.

Ketiga-tiga model terbaru telefon pintar Sony ini bagaimanapun menampilkan reka bentuk paparan penjuru-ke-penjuru yang melengkung pada kedua-dua belah sisinya. Cuma Xperia L2 sahaja yang lebih menampakkan rekaan berbingkainya berbanding adik-beradiknya yang lain.

MODEL XPERIA XA2 XPERIA XA2 ULTRA XPERIA L2
Paparan 5.2″ Full HD 1080p 6″ Full HD 1080p 5.5″ HD 720p
Pemprosesan Qualcomm Snapdragon 630 Qualcomm Snapdragon 630 Quad-core 1.5 GHz
RAM 3 GB 4 GB 3 GB
Storage 32 GB
Boleh dikembangkan sehingga 256GB melalui slot kad mikro SD
32 GB
64 GB
Boleh dikembangkan sehingga 256GB melalui slot kad mikro SD
32 GB
Boleh dikembangkan sehingga 256GB melalui slot kad mikro SD
Kamera Utama: 23 MP Exmor RS dengan aperture f/2.3, AP hibrid, dan zum 5x

Hadapan: Penderia 8 MP dengan lensa bersudut luas 120-darjah

Utama: 23 MP Exmor RS dengan aperture f/2.3, AP hibrid, dan zum 5x

Hadapan: Penderia 16MP dengan OIS dan penderia 8 MP dengan lensa bersudut luas 120-darjah

Utama: 13 MP  dan zum 5x

Hadapan: Penderia 8 MP dengan lensa bersudut luas 120-darjah

Lain-lain Android 8.0 Oreo, bateri 3,300 mAh, Bluetooth 5.0, NFC, USB Type-C, bicu fon kepala 3.5 mm Android 8.0 Oreo, bateri 3,580 mAh, Bluetooth 5.0, NFC, USB Type-C, bicu fon kepala 3.5 mm Android 7.1.1 Nougat, bateri 3,300 mAh, Bluetooth 4.2, NFC, USB Type-C, bicu fon kepala 3.5 m

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.