Pembaikan keselamatan untuk masalah kerentanan Meltdown dan Spectre boleh menyebabkan komputer-komputer keluaran sebelum tahun 2015 menjadi lembab. Keadaan ini boleh dikesan melalui pengukuran penanda aras sebagaimana yang telah dijalankan oleh pihak Microsoft.

Komputer-komputer yang menggunakan cip pemprosesan yang baru seperti Intel Core Generasi Keenam dan ke atas menerima kesan yang minima selepas pembaikan keselamatan ini. 

Namun, untuk komputer yang lama seperti Intel Core Generasi Keempat dan kebawah, kesan sampingan dari pembaikan ini amat jelas kelihatan termasuk pada PC yang menggunakan Windows 10, Windows 7 dan Windows 8.

Bagi Windows Server pula, kesan lembabnya kelihatan lebih teruk disebabkan kebergantungannya terhadap I/O.

Cip pemprosesan yang lebih baru mendapat impak yang minima kerana ianya boleh menghadkan arahan yang digunakan bagi melumpuhkan aktiviti spekulasi ranting (branch speculation). Windows 10 pula, ianya lebih pantas kerana ianya tidak lagi menggunakan cara legacy dalam menukar antara memori pengguna dengan memori kernel.

Jika anda berpendapat komputer anda terkesan dengan pembaikan ini, prestasi komputer anda akan merosot sebaik sahaja Intel menerbitkan pembaikan keselamatan bagi kerentanan Meltdown dan Spectre dalam beberapa hari lagi nanti.

Sumber berita diperoleh dari Microsoft Secure

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.