November yang lepas, seteru utama Intel dan AMD telah mengejutkan dunia perkomputeran dengan mengumumkan jalinan kerjasama menghasilkan cip laptop yang menggabungkan pemprosesan Intel Core dengan grafik AMD Radeon.

Kini bersempena CES 2018, hasil kerjasama berkenaan telah membuahkan ciptaan gabungan cip Intel Core i5 dan i7 dengan GPU discrete AMD Radeon RX Vega M. Bersama-sama pemprosesan dan GPU, setiap unit turut memiliki VRAM HMB2 4GB. Justeru, dapat menjimatkan ruangan di dalam laptop di samping meningkatkan tempoh penggunaan bateri.

Cip terbaru ini merupakan sebahagian dari barisan Generasi Kelapan Intel Siri-H yang direka khusus sebagai pemprosesan paling berkuasa untuk kegunaan laptop. Ini bermakna, pemprosesan ini bakal digunakan pada laptop-laptop kegunaan profesional dan gaming peringkat atasan.

Menurut Intel, permainan video boleh dioperasikan dua hingga tiga kali ganda lebih pantas melalui cip ini jika dibandingkan dengan sistem tiga tahun dahulu yang menggunakan cip Intel Core i7 dan GPU Nvidia GTX 950M.

Intel dan AMD bagaimanapun setakat ini masih lagi belum mengumumkan mana-mana laptop yang bakal menggunakan cip pemprosesan terbaru ini. Tetapi, memandangkan CES sedang berlangsung, pengumuman seperti ini mungkin akan hadir sekitar minggu ini.

Sumber berita diperoleh dari PCWorld

1 KOMEN

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.