AMD akhirnya mengumumkan perancangan tahun 2018 ini dengan meneruskan saingannya terhadap Intel. Sungguhpun tidak banyak perincian teknikal dan juga nombor model-modelnya yang dikongsikan, kita dapat melihat keadaan tahun ini setidak-tidaknya mengulangi ‘pertempuran CPU’ seperti yang berlaku pada tahun lepas.

APU desktop dengan grafik Vega akan menemui pengguna pada 12 Februari ini, diikuti dengan CPU desktop Ryzen Generasi Kedua, siri-2000 pada April dan disusuli pula dengan Ryzen Threadripper Generasi Kedua pada pertengahan tahun 2018.

CPU desktop Ryzen terbaru ini boleh disesuaikan dengan cipset sedia ada yang digunapakai oleh Ryzen 3, Ryzen 5 dan Ryzen 7 model semasa. Juga, ianya boleh digunakan pada papan induk lama yang menggunakan AM4, asalkan ianya menerima kemaskini BIOS yang akan diterbitkan sewaktu pelancaran CPU terbaru ini. Pada masa yang sama, CPU-CPU Ryzen keluaran tahun lepas juga boleh digunakan pada papan induk bercipset X470 yang baru.

Beberapa pembaharuan turut ditambah melalui senibina Zen ini. Pertama sekali, ianya dibina menggunakan proses pembuatan Zen+ 12nm (asalnya 14nm) dan akan menawarkan frekuensi yang lebih tinggi berbanding cip-cip pemprosesan yang terdahulu.

Untuk cipset terbaru X470 pula, ia bakal menawarkan penambahbaikan pada USB bus, susun atur memori, overclocking pada memori, menyokong frekuensi yang lebih tinggi dan pengurangan latensi disamping meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga CPU.

Tidak ketinggalan, AMD turut memperkenalkan CPU yang disertakan bersama cip grafik yang digelar sebagai APU oleh AMD. Ryzen 5 2400G dan Ryzen 3 2200G merupakan yang pertama akan diperkenalkan pada 12 Februari ini dengan harga masing-masing di pasaran $169 (lebih kurang RM676) dan $99 (lebih kurang RM396).

APU Frek. Asas Frek. Dipertingkat Teras/Bebenang GPU CUs Harga
Ryzen 5 2400G 3.6GHz 3,9GHz 4/8 11 $169 (lebih kurang RM676)
Ryzen 3 2200G 3.5GHz 3.7GHz 4/4 8 $99 (lebih kurang RM396)

APU-APU ini tidak dikuncikan (unlockable) dan ia boleh dibuat overclock dan berdasarkan demonstrasi yang dilakukan bersempena CES Tech Day, kelajuan CPU mampu mencapai sehingga 4.2GHz jika dibuat overclock. Manakala GPU Vega yang dibuat overclock pula menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 50 peratus sewaktu bermain game.

Sumber berita diperoleh dari PCWorld

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.