Telefon pintar Xiaomi pertama yang menggunakan sistem Android One, Mi A1 telah mula menerima kemaskini Android 8.0 Oreo hari ini. Xiaomi sebelum ini telah berjanji akan menawarkan kemaskini Android Oreo untuk Mi A1 dalam tahun ini juga.

Kini pada hari terakhir tahun 2017 ini, Xiaomi telah menepati janjinya. Sungguhpun tinggal sehari ini je dah nak masuk tahun baru 2018.

Kemaskini yang telah pun menjalani pengujian beta awam pada minggu lepas ini akan disediakan kepada pengguna secara berperingkat. Mungkin ada sebahagian besar pengguna akan dapat memasang kemaskini ini awal tahun depan.

Pada tahun lepas, 2016, OnePlus juga pernah berjanji akan mengemaskini OnePlus 3 dan OnePlus 3T ke Android Nougat pada tahun yang sama. Akhirnya, janji tesebut ditepati dengan kemaskininya mula diterbitkan secara berperingkat pada 31 Disember 2016.

Tahun ini, giliran Xiaomi pula yang buat hal yang serupa.

Sumber berita diperoleh dari Twitter Xiaomi

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.