Samsung baru sahaja mendedahkan telefon pintar premium peringkat pertengahan terbarunya – Samsung Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018). Bukan sekadar telefon pintar keluaran Samsung yang pertama menampilkan sistem dwi-kamera untuk sebelah hadapannya dengan Live Focus, ia juga turut menawarkan perkakasan yang selama ini digunakan pada telefon-telefon pintar flagshipnya.

Antara ciri berkenaan adalah Infinity Display. Samsung Galaxy A8 hadir dengan paparan 5.6-inci 18.5:9 Super AMOLED, manakala A8+ pula menampilkan paparan yang lebih besar, 6-inci. Kedua-dua telefon pintar ini menawarkan paparan HD+ Penuh, beresolusi 2220 x 1080.

Tetapan dwi-kameranya tampil dengan gabungan dua penderia, 16MP + 8MP. Seperti mana yang disediakan pada Samsung Galaxy Note 8, kamera hadapan telefon pintar Samsung terbaru ini dilengkapi dengan fungsi Live Focus, yang membolehkan imej subjek utama diberikan fokus dan gambar latar dikaburkan.

Melengkapkan spesifikasi Galaxy A8 dan A8+, kedua-duanya menggunakan chipset lapan teras bersama-sama RAM 6GB, storan 32GB atau 64GB yang boleh diperbesarkan, penarafan ketahanan air dan habuk IP68, bateri 3,000mAh (3,500mAh untuk Galaxy A8+), dan sistem operasi Android 7.1.1 Nougat.

Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman berkenaan harga jualan bagi kedua-dua telefon pintar Samsung terbaru ini. Dijangkakan, harganya akan diumumkan sekitar bulan Januari tahun hadapan.

1 KOMEN

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.