Tanpa sebarang pemberitahuan, Activision, pembangun siri permainan Transformer telah menarik keluar permainan-permainan berkenaan dari platform Steam dan PlayStation Store. Selain dari siri Transformer, judul permainan lain, The Legend of Korra turut ditarik keluar.

Judul-judul permainan Transformer yang terlibat termasuklah Transformers: War for Cybertron, Fall of Cybertron, Rise of the Dark Spark, dan Devastation. Tidak dapat dipastikan punca sebenar mengapa judul-judul permainan ini ditarik keluar tanpa pemakluman.

Boleh jadi, ianya disebabkan oleh lesen jenama untuk judul permainan terbabit tidak dapat diperbaharui. Mei lalu, permainan Alan Wake ditarik keluar atas sebab lesen untuk menggunakan muziknya telah tamat.

Pun begitu, pembangunnya Remedy Entertainment telah mengeluarkan notis awal berkenaan hal ini, serta memberikan diskaun sehingga 90 peratus bagi pembelian sebelum judul permainan tersebut ditarik keluar.

Bagaimanpun, judul-judul Transformer ini masih lagi boleh didapati di Xbox Store atas sebab yang tidak dapat diterangkan. Salinan fizikal permainan ini juga masih lagi boleh diperoleh untuk semua jenis platform.

Sumber berita diperoleh dari Kotaku

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.