Face ID pada iPhone X sangat membantu sewaktu membuat perakuan untuk pembelian yang dibuat oleh pemilik. Tetapi, fungsi tersebut tidak boleh digunakan untuk perakuan pembelian bagi pihak anggota keluarga pemilik

Sebilangan pemilik telah mendapati fungsi perakuan melalui pengecaman wajah tidak dapat dilakukan pada pembelian yang dilakukan oleh anggota keluarga. Ianya tidak sama seperti yang terdapat pada iPhone model terdahulu yang menggunakan ciri keselamatan Touch ID. 

Masalah sebegini bukanlah sesuatu yang besar. Cuma ianya mungkin melecehkan bagi sesetengah pengguna, kerana perlu memasukkan kata laluan setiap kali pembelian bagi pihak anggota keluarga lain dilakukan pada iPhone X terbabit. 

Tidak dapat dipastikan mengapa pihak Apple tidak memberikan kebenaran yang serupa pada Face ID seperti Touch ID. Mungkin atas faktor keselamatan atau boleh jadi disebabkan oleh kekangan masa untuk membuat penambah baikan baru pada Face ID.

Lagipun, teknologi pengecaman wajah ini masih lagi boleh dianggap sebagai agak baru untuk kegunaan orang ramai. Berikan masa yang secukupnya untuk ia berkembang dan matang supaya ianya boleh digunakan untuk kelancaran proses pembayaran seperti teknologi Touch ID.

Sumber berita diperoleh dari Ars Technica

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.