Hayat penggunaan teknologi berasaskan 32-bit seperti sistem operasi perlahan-lahan sudah menuju penghujungnya. Terkini, NVIDIA mengumumkan driver kad grafik Version 390, merupakan yang terakhir menyokong sistem operasi versi 32-bit bagi Windows, Linux dan FreeBSD.

Sungguhpun penggunaan sistem 64-bit sudah menjadi satu kebiasaan bagi kebanyakan pengguna hari ini, masih lagi terdapat sesetengah pihak terutamanya organisasi yang menggunakan 32-bit. Hal ini berkemungkinan besar disebabkan oleh faktor sistem-sistem aplikasi yang digunakan hanya menyokong 32-bit sahaja. Atau, peranti-peranti lapuk yang tidak berganti atas faktor kekangan bajet organisasi.

Apa yang pasti, penggunaan sistem operasi yang lama bakal mengundang risiko keselamatan. Ia pernah berlaku sepertimana serangan ransomware WannaCry  yang melumpuhkan perkhidmatan kesihatan UK, National Health Service, NHS. Perisian hasad berkenaan mengeksploitasi kerentanan yang terdapat pada sistem operasi Windows versi lama yang digunakan di hospital-hospital di UK.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi 32-bit dan menggunakan kad grafik NVIDIA, ini mungkin merupakan masa yang sesuai untuk anda mempertimbangkan menaik taraf sistem komputer anda.

Sumber berita diperoleh dari NVIDIA

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.