Sempena ulang tahun pertama HMD Global di Malaysia, pembelian Nokia 3 dan Nokia 5 akan menerima diskaun RM100 sepanjang bulan Disember 2017 ini. Turut disertakan, cenderahati percuma bernilai sehingga RM200 turut disertakan bagi setiap pembelian.

Harga asal Nokia 5 ditawarkan pada RM799 dan kini ia ditawarkan pada RM699. Manakala bagi Nokia 3 pula yang ditawarkan pada asalnya RM599, kini setelah diskaun boleh didapati dengan hanya RM499. Cenderahati percuma untuk pembelian kedua-dua jenis telefon pintar adalah berbeza, dengan Nokia 5 disertakan cenderahati bernilai RM200 dan Nokia 3 pula disertakan cenderahati yang bernilai RM150.

Nokia 5 menawarkan spesifikasi paparan 5.2-inci 720p IPS, chipset Qualcomm Snapdragon 430 yang disertakan bersama RAM 2GB, storan dalaman 16GB yang boleh dikembangkan, kamera utama 13MP dan kamera hadapan 8MP bersama-sama bateri 3,000mAh.

Untuk Nokia 3 pula, ia menawarkan paparan 5-inci 720p IPS, chipset MediaTek MT6737, berserta RAM 2GB, 16GB storan dalaman yang boleh dikembangkan, kamera utama dan kamera hadapan 8MP dan juga bateri 2,630mAh.

Harga promosi yang ditawarkan ini hanya terhad selagi stok masih ada dan ia hanya boleh didapati di kedai-kedai jualan Nokia yang terpilih. Untuk mendapatkan senarai penuh kedai-kedai jualan Nokia berhampiran anda, sila semak melalui pautan ini.

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.