Perkembangan berkaitan isu keselamatan membabitkan peranti-peranti HP lewat kebelakangan ini agak membimbangkan. Terkini, Micheal Myng, yang juga dikenali sebagai ZwClose telah menemukan keylogger yang tersembunyi di dalam driver HP Synaptics Touchpad.

Penemuan ini merupakan sesuatu yang membimbangkan memandangkan keylogger ini boleh diakses oleh penggodam-penggodam bagi merekodkan segala ketukan kekunci yang dibuat oleh pengguna.

Mujurlah, HP baru-baru ini telah mengeluarkan pembaikan kecemasan bagi mengatasi masalah ini. Apa yang lebih mengejutkan lagi mengenai perkara ini adalah keylogger tersembunyi ini turut terdapat pada lebih dari 400 jenis model laptop HP, seperti EliteBook, Spectre Pro, Envy, Pavilion, ZBook, ProBook, OMEN dan banyak lagi. Menurut HP, punca kenapa keylogger ini dimasukkan adalah bagi mengatasi masalah ralat sewaktu debug pada awalnya.

HP juga turut menambah pihaknya dan Synaptics tidak mempunyai sebarang akses ke data pengguna.

Pengguna-pengguna boleh membuat semakan pada laptop masing-masing dengan merujuk pada laman rasmi HP. Pautan muat turun pembaikan isu keselamatan berkenaan juga disediakan melalui laman rasmi HP.

Sumber berita diperoleh dari ZwClose

TINGGALKAN BALASAN

Mohon masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.